‘Papan Catur’ Serba Dinamik Hilang Lagi ‘Buah Catur’

2,987

‘Castle’ Petronas keluar dari ‘papan catur’ yang sudah berselerak.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan kerjasamanya dengan Serba Dinamik bagi menarik pelabur di Expo Dubai 2020.

Terdahulu peguam Muhammad Shafee menyatakan kedua-dua syarikat akan membawa masuk pelaburan bernilai RM33.9 bilion dan Mohd Abdul Karim dijadualkan menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Namun, menurut kenyataan dari syarikat minyak dan gas kebangsaan tersebut, mereka menafikan kerjasama yang dikatakan oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ketua pegawai eksekutif Serba Dinamik, Datuk Dr Abdul Karim Abdullah berkenaan anak guamnya yang perlu menghadirkan diri di ekspo perdagangan di Dubai minggu depan.

Dalam pada itu, minggu ini merupakan minggu yang sukar dan mencabar buat Serba Dinamik dimana mereka sedang menghadapi dakwaan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atas dakwaan memalsukan kenyataan yang dihantar ke Bursa.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat