Parah! India Nak Sekat 9 Bursa Kripto Ini Termasuk Binance!

621

“Itu la nak daftar susah, lepas tu mula la nak kena sekat operasi.”

Baru-baru ini seluruh pasaran mata wang kripto dikejutkan berita mengenai Unit Perisikan Kewangan (FIU) India yang ingin melarang sembilan bursa aset digital termasuk Binance dan Kraken daripada meneruskan operasinya.

FIU India yang mengawal selia aktiviti kewangan mencurigakan berkata semua bursa kripto itu telah beroperasi secara haram di negaranya susulan gagal mendaftar bersama agensi mereka termasuk mematuhi peraturan anti-pengubahan wang haram serta anti-pembiayaan keganasan.

Rentetan itu, FIU meminta agar websites Binance, Kucoin, Huobi, Kraken, Gate.io, Bittrex, Bitstamp, MEXC Global dan Bitfinex disekat di India oleh Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat negara itu.

Menurut FIU, Pembekal Perkhidmatan Aset Digital Maya (VDA SPs) yang beroperasi di India dikehendaki berdaftar bersama FIU sebagai Entiti Pelapor dan mematuhi set kewajipan seperti dimandatkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA) 2002.

Memang tidak dinafikan 31 penyedia perkhidmatan aset digital maya kini telah berdaftar dengan FIU, tetapi sebilangan besar pengguna India memilih untuk menggunakan bursa kripto tidak berdaftar sehingga menyebabkan pengawalseliaan perlu bertindak sebegini.

Pada bulan lalu, kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenakan denda $4.3 bilion terhadap Binance susulan gagal mematuhi undang-undang anti-pengubahan wang haram termasuk meminta bursa kripto itu bersetuju menghentikan operasi di negaranya.

Rentetan itu, pengasas Binance Changpeng Zhao (CZ) bersetuju sebagai sebahagian daripada penyelesaian untuk meletak jawatan sebagai CEO dan mengaku bersalah atas pelanggaran jenayah undang-undang anti-pengubahan wang haram AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat