Pasaran Bikin Gempar, Emas Terbang Melayang

3,348

Harga emas menyentuh paras tertinggi dua minggu selepas kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang dovish telah membenam matawang US dolar lebih rendah.

Pada sesi Asia, emas didagangkan mengukuh di sekitar paras harga $1,750 per auns selepas melonjak lebih 200 pips seperti yang dapat dilihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD.

Walaupun Fed menjangkakan pemulihan ekonomi yang lebih cepat akan berlaku, tetapi para penggubal dasar tetap berjanji untuk kekalkan kadar faedah dan program pembelian bon walaupun terdapat jangkaan kenaikan inflasi.

Fed menjangkakan kenaikan harga akan berada pada tahap 2.4% menjelang bulan Disember, iaitu jauh lebih tinggi daripada anggaran mereka sebelum ini iaitu sebanyak 1.8% dan sedikit lebih rendah dari sasaran bank pusat sekitar 2%.

Emas yang dilihat sebagai lindung nilai kepada inflasi, cenderung untuk meningkat berikutan jangkaan kenaikan inflasi oleh bank pusat.

Walau bagaimanapun, kenaikan harga emas mungkin akan dibataskan disebabkan hasil bon AS yang turut meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat