Pasaran Dihiasi Kejutan, USD Bergelora!

494

US dolar didagangkan sedikit berubah pada sesi Asia selepas memaparkan pergerakan yang tidak menentu pada sesi sebelum ini.

Sesi pasaran Eropah melihatkan US dolar merudum jatuh, sebelum melantun semula dan memadamkan kerugian pada sesi New York.

Lonjakan semula greenback telah dipacu oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kembali mengukuh pada paras tertinggi sejak akhir Mei pada 3.79%, manakala hasil bon kerajaan global melonjak susulan lagi satu kejutan kadar faedah.

Kejutan Bank of Canada (BOC) telah menghiasi pasaran pada sesi New York, di mana ia memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas setelah menghentikannya dalam dua mesyuarat berturut-turut sebelumnya.

Ini ternyata meleset daripada jangkaan pasaran yang mengharapkan bank pusat itu akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah, sekali gus mengukuhkan lagi dagangan dolar Kanada.

Ia merupakan kejutan kedua oleh bank pusat pada minggu ini, selepas Reserve Bank of Australia (RBA) turut mengambil langkah sama pada hari Selasa yang memacu pengukuhan dolar Aussie lebih tinggi.

Pada minggu depan, mesyuarat dasar Federal Reserve (Fed), Bank Pusat Eropah (ECB) dan Bank of Japan (BOJ) akan berlangsung.

Sementara itu, Wall Street Journal memberi amaran tentang potensi kebanjiran lebih $1 trilion bil perbendaharaan (T-bills) yang boleh mencetuskan volatiliti dalam pasaran kewangan dalam beberapa minggu-minggu akan datang.

Dalam pada itu, euro dan pound didagangkan stabil selepas turut mempamerkan pergerakan tidak menentu menyusuli dagangan US dolar yang turun naik pada sesi sebelumnya.

Mata wang yen pula susut rendah selepas terkesan oleh pengukuhan hasil bon AS 10 tahun yang meluas.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat