Pasaran Forex Bergerak Tidak Menentu Sejak Isnin, Adakah Sentimen Pasaran Telah Pulih?

960

US dolar meneruskan kenaikan selepas kejatuhan pada Isnin dengan sentimen pasaran global kini beransur pulih. Dengan kejatuhan Wallstreet pada Isnin sebenarnya jelas menunjukkan bahawa pasaran bimbang dengan keadaan semasa pasaran.

Wallstreet membuat kenaikan semula pada Selasa yang mengembalikan keyakinan pasaran. Dengan pemulihan sentimen pada hari tersebut kenaikan Yen pada Isnin bergerak sebaliknya di mana US dolar juga mengukuh semula.

Kejatuhan US dolar pada Isnin telah dijangka tidak akan berterusan dalam tempoh yang lama berikutan data pekerjaan (NFP) yang positif Jumaat lalu. Pasaran menganggap kejatuhan Wallstreet pada Isnin hanyalah pergerakan biasa dan majoriti penganalisis menganggap ia hanya pembetulan harga (correction).

Indeks US dolar ketika ini naik 0.21% pada masa artikel ini ditulis dengan EUR/USD susut 0.28%.

Sementara itu, AUD/USD merekodkan penurunan setakat hari ini walaupun pada Selasa membuat kenaikan. Antara penyebab kenaikan AUD pada Selasa adalah kenyataan polisi monetari yang dilihat neutral oleh RBA (Reserve Bank of Australia) dan juga sentimen pasaran yang semakin baik.

Matawang NZD pula membuat kenaikan pada Selasa berikutan data GDT yang positif, ditambah dengan sentimen yang semakin pulih. Namun kedua-dua matawang AUD dan NZD hari ini melemah berbanding USD apabila matawang greenback itu mengukuh secara menyeluruh.

Pasaran Komoditi

Harga emas sejak daripada Isnin bergerak agak volatile (turun-naik) dengan sentimen berubah dalam masa singkat. Emas seperti biasa akan bergerak secara langsung mengikut pergerakan US dolar. Dalam satu keadaan yang lain emas juga akan mendapat permintaan jika terdapat risiko dalam pasaran kerana emas adalah bersifat boleh melindungi nilai kekayaan kerana harganya yang stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat