Pasaran Kripto Berhadapan Episod Suram, Harga BTC Mendadak Jatuh Ke Paras $35k!

4,562

Harga Bitcoin (BTC) telah mengalami goncangan dengan kehilangan paras sokongan utama iaitu pada paras harga $38,000. Harga BTC untuk seketika cuba bertahan di paras sokongan kemudian mula telah kehilangan momentum pada hari Khamis berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi dan kenaikan kadar faedah semakin meningkat.

Harga BTC telah merosot lebih 8% dalam tempoh 24 jam yang lalu, mencecah paras terendah 1-1/2 bulan sekitar $35,000. Kejatuhan itu juga merupakan salah satu penurunan terburuk setakat ini pada tahun 2022. BTC hanya mampu berada kira-kira 10% di atas paras terendahnya tahun ini, yang dihadapi pada bulan Januari.

Kejatuhan terbaru harga BTC ini berlaku seiring dengan kejatuhan di pasaran saham Amerika Syarikat. Setakat ini pergerakan pasaran kripto acapkali seiring dengan pergerakan pasaran saham pada tahun ini terutamanya saham teknologi utama dalam Nasdaq Composite dan indeks 100 Nasdaq.

Pengambilan keputusan dalam kalangan para penggubal polisi untuk meningkatkan kadar faedah telah menjadi kebimbangan terbesar bagi pedagang kripto dan ekuiti. Rizab Persekutuan telah pun menaikkan kadar faedah dua kali pada tahun ini, dan bersedia untuk menaikkannya lagi untuk memerangi inflasi yang kian membimbangkan.

Carta satu hari BTC menunjukkan bahawa kejatuhan terbaharu token bermula ketika pembukaan pasaran A.S. Kedua-dua indeks Komposit Nasdaq dan Nasdaq 100 juga turun sekitar 5% pada hari Khamis.

Saham teknologi adalah sesuatu yang sensitif terhadap kenaikan kadar, justeru ia menjadikan pendapatan masa hadapan para pemain pasaran kelihatan kurang menarik. Momentum menaik dalam pasaran kripto dan saham sepanjang 2021 sebahagian besarnya didorong oleh kadar faedah yang rendah, yang memudahkan untuk meminjam wang dan melaburkannya ke dalam saham mahupun kripto.

Bank pusat di seluruh dunia kini berlumba-lumba untuk meredakan inflasi dengan kadar yang lebih tinggi. Selain the Fed, Bank of England bersama-sama Australia dan India baru-baru ini juga menaikkan kadar faedah.

Dalam kembimbangan terhadap inflasi dan kemelesetan ekonomi, pelabur cenderung memilih aset yang lebih terdedah kepada dunia nyata eperti komoditi, utiliti dan barangan ruji pengguna.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat