Pasaran Kripto Merah Menyala, Tapi Trader Ini Tiba-Tiba Untung Berjuta-Juta Dalam Kripto!

340

“Wow lain macam! Orang lain tengah menggelabah kripto jatuh, dia rilek je jual siap ada untung lagi.”

Penerjunan berterusan dalam sentimen para pelabur telah mengakibatkan seluruh pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) mengalami penyusutan ketara disebabkan pedagang yang cuba mendapatkan semula keuntungan.

Rentetan itu, memecoin turut melihat kerugian besar susulan modal pasarannya merosot 7.76%, tetapi seorang trader kripto yang tidak aktif agak lama telah bertindak menjual pegangannya dalam memecoin dan mencipta berjuta-juta keuntungan.

Menerusi pemerhatian, whale kripto 0x4a2 (“dimethyltryptamine. eth”) yang mula kembali ke pasaran kripto selepas sepuluh bulan berdiam diri telah menjual Pepe Coin (PEPE) bagi meraih keuntungan yang tinggi.

Ia menukar 10 bilion PEPE bernilai $112,000 untuk 32.73 ETH dan perlu diketahui trader telah memegang PEPE dalam jangka masa lama dan merupakan antara pemegang terawalnya sejak 14 April 2023.

Suka dimaklumkan bahawa trader tersebut masih memiliki 1.99 trilion PEPE bernilai $22.35 juta yang mencatatkan peningkatan 59,600% sejak pembeliannya dan menjadikannya jutawan walaupun pasaran kripto mengalami penyusutan.

Bukan itu sahaja, whale tersebut turut mendedahkan ia mempunyai 711.739 juta WOJAK bernilai $759,532 diikuti 147.5 bilion MOG bernilai $238,935 kemudian melabur $9,813 dalam ETH dan memiliki USDC bernilai $6,000.

Jadi di sini dapat dilihat pegangan tertinggi trader kripto tergolong dalam kategori memecoin susulan tahun ini memang memecoin mencatatkan keuntungan tertinggi dan ini telah menyebabkan ramai semakin yakin terhadap potensinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat