Pasaran Kripto Terus ‘Berdarah, Harga Bitcoin Menjunam Ke Paras $19,000!

2,369

Bitcoin pada hari Khamis telah jatuh di bawah paras harga $19,000 berikutan matawang kripto terbesar dunia kekal di bawah tekanan yang terkait dengan kebimbangan makroekonomi dan krisis kecairan dalam kalangan syarikat kripto berprofil tinggi.

Bitcoin didagangkan pada $19,098.08 semasa penulisan dengan kejatuhan sebanyak 4.95% dalam tempoh 24 jam. Harga bitcoin telah jatuh sekitar 58% pada tahun ini sahaja dan telah jatuh lebih daripada 70% daripada paras tertinggi sepanjang masa pada paras harga $68,990.90.

Hal yang sama juga menimpa kepada matawang kripto kedua terbesar, apabila Ethreum didagangkan pada paras harga $1,026.22, jatuh hampir 10%.

Menurut ketua penyelidikan di SEBA Bank, “Bitcoin terus mengalami tekanan sebagaimana aset lain. Faktor nflasi yang tinggi, peningkatan kadar faedah dan kekhuatiran terhadap kemelesetan ekonomi telah memberi impak pada matawang kripto”.

Pasaran saham global kekal di bawah tekanan dengan S&P 500 di A.S. berada di landasan untuk separuh pertama tahun yang paling teruk sejak 1970. Bitcoin yang dilihat berkait rapat dengan pergerakan indeks ekuiti dan khususnya Nasdaq mengikuti pola yang sama. Indeks saham telah mengalami tekanan yang telah menjejaskan harga bitcoin.

Menurut Goldman Sachs, pelabur ungkin kehilangan pertumbuhan ‘pantas’ dalam saham cip. Cathie Wood pula mengambil langkah untuk mengurangkan portfolio kepada hanya 34 pegangan.

Pelabur merakamkan rasa bimbang terhadap inflasi yang tinggi dan memaksa bank pusat global menaikkan kadar faedah. Itu juga mencetuskan kebimbangan tentang kemelesetan di A.S. dan negara lain.

Dana lindung nilai mata wang kripto Three Arrows Capital juga dilaporkan hampir tersungkur rentetan kejatuhan stablecoin algoritma terraUSD dan token luna. Three Arrows Capital, atau 3AC juga dilaporkan gagal memenuhi panggilan margin daripada BlockFi.

Sementara itu, pertukaran mata wang kripto CoinFlex mengambil keputusan menghentikan pengeluaran untuk pelanggan minggu lalu dengan menyebut “keadaan pasaran yang membimbangkan”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat