Pasaran Matawang Bergolak Disebabkan Risiko Bajet Kerajaan Itali

695

Matawang US dollar menguat secara keseluruhan bersama matawang Yen selepas tercetusnya risiko di Eropah yang melibatkan negara Itali.

Terdapat tanda tercetusnya sentimen Risk-off apabila pasaran ekuiti ketika ini didagangkan rendah dengan hasil-bon juga membuat penurunan. Kejatuhan dalam hasil-bon Amerika Syarikat (Treasury yields) pula memberi sokongan kepada kenaikan matawang Yen ketika ini. Yen dilihat menjadi matawang terkuat apabila merekodkan kenaikan berbanding semua matawang utama yang lain termasuk US dollar.

US dollar sebagai salah satu matawang safe-haven juga membuat kenaikan dengan kejatuhan matawang tunggal Euro sudah pasti menambah kekuatan kepada greenback ketika ini. Pasangan matawang EUR/USD jatuh 60 pip sekitar pukul 3 petang tadi dengan US dollar turut mengukuh berbanding Sterling, Aussie, Kiwi dan Loonie.

Jadi, apa sebab risiko kepada pasaran ketika ini?

Terdapat laporan yang mengatakan penangguhan mesyuarat bajet di Itali, sekaligus menyebabkan pasaran bergolak pada awal pembukaan pasaran Eropah. Itali tidaklah menjadi perhatian utama pasaran sejak beberapa bulan yang lalu, tetapi kini tampak pasaran mengambil berat tentang situasi kewangan negara itu.

Kebimbangan pasaran ketika ini adalah berikutan penangguhan mesyuarat disebabkan komplikasi dalam mencapai persetujuan bajet kerajaan. Kerajaan campuran Itali dilihat gagal mencapai kata putus dalam penetapan bajet.

Itali kini berhadapan dengan kekangan bajet tetapi dalam masa yang sama mahu mengotakan janji pilihanraya sebelum ini. Itali bagaimanapun tidak boleh menetapkan bajet defisit 2019 melebihi syarat yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU) iaitu sebanyak 3%. Peraturan EU menetapkan had tersebut bagi negara yang mempunyai nisbah hutang kepada GDP melebihi 60%, bagi membantu mengurangkan hutang negara. Dalam hal ini, hutang negara Itali kini berada pada paras 130% kepada GDP.

Oleh itu, ketidaktentuan dalam perancangan bajet kerajaan Itali dilihat telah menyebabkan risiko kepada pasaran dengan pertelagahan antara menteri kewangan dan pemimpin tertinggi kerajaan campuran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat