Pasaran Matawang Kembali Tenang Selepas Menggila Dalam Hari Bersejarah Buat AS Semalam!

45

Yen didagang melemah dalam sesi Asia hari ini apabila data yang bercampur-campur dikeluarkan dari Jepun. Kiwi pula didagang stabil selepas Reserved Bank of New Zealand melaporkan pemotongan kadar penanda aras.

USD/JPY melonjak 0.21% manakala Aussie juga meningkat sebanyak 0.13%.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Di Jepun, data pesanan jentera jatuh berbanding yang telah dicatat sebelum ini.

Terdahulu, Reserved Bank of New Zealand melaporkan pemotongan kadar tunai rasmi sebanyak 25 mata asas kepada 1.75% pada Khamis. Bank itu mengakui bahawa langkah itu diambil berikutan ketidaktentuan pasaran yang memerlukan langkah lanjutan untuk menstabilkan ekonomi.

Kiwi turut didagang meningkat dalam sesi ini berbanding US Dollar.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

Data pinjaman perumahan di Australia juga dilaporkan merosot pagi tadi.

Dalam masa yang sama, US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 98.66.

Semalam, US Dollar didagang melonjak berbanding matawang utama yang lain selepas pulih dari kerugian mendadak berikutan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Berikutan keputusan rasmi itu, Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso berkata bahawa mereka sedia untuk campur tangan jika tindak balas keputusan pilhanraya itu menyebabkan kenaikan mendadak terhadap matawang Yen. Hal yang sama turut disuarakan oleh anggota Majlis Pimpinan Bank Pusat Eropah iaitu Ewald Nowotny apabila dikatakan bersedia untuk turut serta jika pasaran kewangan dilihat dalam keadaan yang mencemaskan.

 

Bukankah USD Sepatutnya Melemah Jika Trump Menang? Mungkin Inilah Sebabnya!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat