Pasaran Matawang Parah Disambar Api Inflasi AS Yang Makin Marak!

1,127

Inflasi di Amerika Syarikat ternyata masih belum memuncak setelah bacaan data terbaharu menunjukkan harga pengguna tahunan melonjak lebih tinggi kepada 8.6% pada bulan Mei.

Ini merupakan bacaan tertinggi pernah dicatatkan sejak Disember 1981, sekali gus menghapuskan harapan pasaran sebelum ini bahawa inflasi sudah memuncak pada Mac iaitu pada 8.5%.

Dengan peningkatan ini, pelabur mula meletakkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin akan melaksanakan kenaikan kadar yang lebih besar melebihi 50 mata asas untuk mengekang inflasi.

US dolar didagangkan lebih kukuh pada sesi Asia selepas melonjak lebih tinggi ke paras ketinggian hampir 20 tahun berbanding pesaing utamanya susulan penerbitan data tersebut.

Minggu ini, mesyuarat polisi FOMC bakal diadakan dengan jangkaan meluas bahawa Fed akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas seperti yang disebut-sebut oleh penggubal dasar sebelum ini.

Pelabur bukan sahaja akan disajikan dengan mesyuarat FOMC, tetapi lebih banyak data ekonomi utama dan mesyuarat polisi bakal berlangsung pada minggu ini.

Antaranya ialah mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE), Jepun (BOJ), penerbitan data harga pengeluar (PPI), jualan runcit AS dan data pekerjaan Australia.

Dalam pada itu, pengukuhan USD telah menyebabkan kebanyakan mata wang utama menjunam lebih rendah, menyaksikan euro dan pound didagangkan di paras terendah satu bulan ketika sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat