Pasaran Minyak Mentah Dan Ekonomi China, Pacu Pergerakan Harga Buat USD/CAD

403

Permintaan terhadap minyak mentah yang lemah terus dibebankan lagi dengan data ekonomi China yang diterbitkan merosot pada sesi Asia pagi ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Negara Pengeskport Petroleum (OPEC) bersama rakan sekutu telah bersetuju untuk pemotongan pengeluaran minyak mentah pada Ahad lalu. Namun, usaha tersebut dilihat gagal melonjakkan semula harga minyak dalam pasaran.

Hal ini juga telah menjadi faktor penyusutan dagangan dolar Kanada di mana minyak mentah menjadi eskport utama Kanada.

Gabenor bank pusat Kanada, Steven Poloz menyatakan jika bukan kerana krisis pandemik sekalipun, bank pusat tetap akan bertindak mengekalkan kadar faedah yang rendah disebabkan kemerosotan pasaran minyak.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD pada Rabu lalu telah melihatkan lonjakan harian sehingga 250 pips di samping turut didorong oleh pengukuhan semula US dolar dalam pasaran.

Kenaikan pada dagangan semalam pula gagal dikekalkan apabila harga dilihat kembali membuat penurunan semula dengan perubahan pada sentimen pasaran.

Setelah bergerak mendatar pada sesi Asia pagi ini, harga pada carta USD/CAD pamer kenaikan pada awal sesi pasaran Eropah menuju paras 1.4100.

Kenaikan jika diteruskan dilihat akan menuju zon resistance sekitar 1.4250 yang diuji pada dagangan awal April.

Namun jika penurunan kembali berlaku, harga akan cuba turun lebih rendah pada penurunan sesi Asia pagi ini sebelum berkemungkinan ke paras 1.3950.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon support pada paras 1.38600 yang merupakan paras terendah diuji pada minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat