Pasaran Minyak Mentah Dunia Masih Lemah

64

Harga minyak pada Selasa bergerak stabil selepas jatuh mendadak minggu lalu. Keadaan semasa dalam pasaran masih lagi lemah berikutan kebimbangan terhadap lebihan penawaran (oversupply) dan juga ramalan beberapa bank utama dunia yang mengurangkan ramalan harga terhadap komoditi ini.

Penanda aras minyak mentah global, Brent-oil jatuh 0.17% kepada $46.80 setakat pukul 5.25 pm. Satu lagi penanda aras WTI (West Texas Intermediate) jatuh 0.27% kepada $44.28 setong.

Harga minyak mentah ketika ini berada 18% di bawah paras pembukaan 2017 walaupun perjanjian pemotongan bekalan telah dijalankan oleh OPEC dan non-OPEC.

Pengeluar-pengeluar utama dunia bersetuju untuk memotong sehingga 1.8 juta tong sehari, di mana perjanjian telah diperbaharui pada Mei yang melanjutkan pemotongan bekalan bermula pada Jun sehingga Mac 2018.

Pemotongan ini dilanjutkan dalam usaha untuk mengimbangi pasaran ini selepas perjanjian pertama gagal membawa harga ke paras optimum.

Walaupun dengan usaha yang telah dilakukan oleh OPEC, jumlah pengeluaran dari US telah meningkat 10% dari tahun lalu. Nigeria dan Libya yang dikecualikan daripada perjanjian juga telah meningkatkan pengeluaran mereka.

OPEC mengeksport 25.92 juta tong sehari pada Jun, 450,000 lebih banyak berbanding Mei menurut kajian yang dibuat oleh Thomson Reuters.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat