Pasaran Saham Asia: Nikkei Ditutup 0.52% Lebih Tinggi

41

Pasaran saham Asia bergerak stabil pada Rabu di mana US dolar mengekalkan pengukuhan sejak Selasa sementara menunggu penetapan polisi Federal Reserve pada Khamis.

Federal Reserve dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah dari 1.25% dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua hari.

“Pasaran saham umumnya melihat bank pusat tidak terlalu terburu-buru dalam normalisasi polisi monetari,” kata Masahiro Ichikawa ketua strategi pelaburan di Sumitomo Mitsui Asset Management.

Ketika ini pasaran hadapan hanya menunjukkan 8% potensi kenaikan kadar pada mesyuarat Fed kali ini dengan 48% pada Disember.

Indeks MSCI Asia Pasifik kecuali Jepun tidak banyak berubah dalam sesi dagangan hari ini dan disokong oleh kenaikan S&P 500 ke rekod tertinggi baru.

Pasaran saham Australia merekod kenaikan 0.87% selepas data inflasi yang dikeluarkan pagi tadi masih lagi berada di paras rendah dan mengekalkan jangkaan pengekalan kadar faedah lebih lama.

Di Jepun, Nikkei naik 0.52% selepas pengukuhan US dolar sejak Selasa.

Indeks Shanghai Komposit di China pula naik 0.10% setakat pukul 2.58 pm.

KOSPI di korea Selatan susut 0.22% dalam penutupan sebentar tadi.

Manakala di Asia Tenggara, Indeks PSEi di Filipina mengaut keuntungan paling banyak sehingga 1.09% berbanding IDX di Indonesia hanya naik 0.06% setakat pukul 3.00 pm.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat