Pelabur Asing Mengeluarkan Dana Mereka Dari Pasaran Bon Jepun Minggu Lepas

79

Aliran modal ke dalam pasaran saham dan bon Jepun berkurangan secara mendadak minggu lalu, manakala pelaburan asing ke dalam pasaran saham Jepun jatuh seperti yang ditunjukkan oleh data dari Kementerian Kewangan pada Khamis.

Pelaburan bon oleh rakyat Jepun ke luar negara susut 703.9 billion Yen pada minggu berakhir 10 Mac berbanding kejatuhan 1.13 trillion Yen yang direkodkan pada minggu sebelum itu.

Pelabur asing di Jepun pula menjual 722.7 billion Yen pegangan saham pada minggu sama berbanding penjualan 167.1 billion Yen pada minggu sebelum itu.

Pelabur-pelabur bon dari Jepun melihat kepada hasil yang lebih tinggi di luar negara seperti Jerman. Sejak tiga bulan lepas, mereka telah menggantikan pelaburan mereka di pasaran bon Perancis kepada pegangan bon Jerman berikutan perkembangan politik di Perancis ketika ini yang akan menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.

Dalam pasaran domestik, pasaran saham Jepun melonjak mendadak sepanjang minggu lalu dengan Nikkei 225 mencapai paras tertinggi sejak 15-bulan lepas.

Seperti dijangka, Bank of Japan mengekalkan kadarnya di paras negatif 0.1 peratus selain mengekalkan pembelian bon kerajaan Jepun yang bernilai 80 Trillion Yen. Dalam satu kenyataan selepas pengumuman dasar, BoJ menilai ekonomi Jepun sedang memulih dalam trend yang sederhana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat