Berdasarkan rekod pembelian Bitcoin (BTC), lambakan whales telah membeli aset Satoshi Nakamoto sejak Krismas lalu.
Data yang tidak memisahkan antara pelabur institusi dan pelabur individu menunjukkan mereka membuat pembelian BTC secara berterusan walaupun harga matawang itu melonjak.
Timbul persoalan, mengapa trend ini berlaku sedangkan kebiasaannya pembelian dilakukan ketika harga Bitcoin susut.
Menurut CEO CryptoQuant, Ki Young Ju terdapat segelitir whales sahaja yang menjual aset tersebut dan lebih banyak pelabur institusi membeli, mendorong Exchange Whale Ration berada di bawah 85%.
Ada dua sebab mengapa trend ini berlaku:
1. Whales percaya Bitcoin akan melepasi paras harga $30,000.
2. Tiada sebarang potensi untuk berlaku pembetulan besar dalam masa terdekat
Bagaimanapun, jika Bitcoin consolidate di setiap lonjakan seperti yang disaksikan sejak akhir-akhir ini, tidak mustahil kadar dana akan kembali normal.
Ketika itu pasaran derivatif akan lebih tenang, membawa kemungkinan akan berlaku lonjakan baru.
Memandangkan permintaan bitcoin di pasaran Amerika Syarikat (AS) mula reda, aset tersebut mungkin akan consolidate untuk jangka masa lama dengan kadar ketidaktentuan yang rendah.