Pelabur Kembali Minat Dengan Dana Kripto Tetapi Bukan Bitcoin!

2,836

Pagi-pagi lagi pasaran kripto menunjukkan pergerakan positif walaupun para pelabur kripto dinasihati untuk tidak terlalu teruja kerana boleh jadi fasa bearish masih belum berakhir.

Berdasarkan pemerhatian daripada Coinshares, pelabur pasaran saham kembali menunjukkan minat terhadap dana aset digital, dengan rekod aliran masuk mencecah paras $74 juta dalam produk pelaburan kripto.

Ini ringkasan kepada apa yang berlaku, mendorong kepada kebangkitan pasaran:

  • Bitcoin (BTC) mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak $4 juta.
  • Pasaran altcoin, Cardano (ADA), XRP, dan Polkadot (DOT) masing-masing mencatatkan aliran masuk lebih $3 juta, menunjukkan pelabur berminat dengan koin Proof of Stake (PoS).
  • Ethereum (ETH), pemenang perlumbaan ini, menyaksikan aliran masuk sebanyak $47 juta, menjadikan produk aset ini mendominasi pasaran sehingga 27%.

Lonjakan harga pada pagi ini barangkali sebahagiannya didorong oleh laporan penyelidikan daripada institusi akademi Universiti Pennsylvania dan kewangan, Goldman Sachs.

Pada minggu lepas, kedua-dua institusi itu telah menulis satu kajian yang menfokuskan kepada Ethereum sebagai simpanan nilai kerana wujud kepentingannya kepada ekosistem DeFi.

Melalui lambakan projek, bermula dengan pelancaran penyelesaian layer two scaling, Arbitrum dan EIP-1559 bagi tujuan mengurangkan kos gas yang meninggi, termasuk peralihan kepada konsensus model PoS, tidak hairanlah mengapa Ethereum menjadi sasaran!

Ketika penulisan, dalam 24 jam masing-masing mencatatkan nilai:

  • BTC: $37,234 (meningkat lebih 2%)
  • ETH: $2,683 (meningkat lebih 2%)
  • XRP: $1.01 (meningkat lebih 1%)
  • ADA: $1.73 (susut lebih 2%)
  • DOT: $26.18 (meningkat hampir 10%)
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat