Pelabur Tersentak Tengok GOLD Menjunam 1,000 Pips!

2,671

Dalam ketidaktentuan suasana yang masih dilanda oleh sentimen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), pasaran dikejutkan dengan kejatuhan drastik harga emas pada sesi Eropah semalam.

Pada carta harga XAU/USD, harga telah menjunam sehingga 1,000 pips dari paras ketinggian sekitar 1960.00 mencecah ke paras sokongan 1850.00.

Apa sebenarnya telah berlaku yang menyebabkan kejatuhan harga emas tersebut?

Hal ini adalah didorong oleh berita berkenaan perkembangan ujian penghasilan vaksin yang kembali berlegar dalam pasaran.

Vaksin Covid-19 yang dihasilkan bersama oleh syarikat Pfizer dan BioNTech menyatakan bahawa berdasarkan ujian, tahap keberkesanan vaksin mencapai sehingga 90%. Angka peratusan yang sangat tinggi ini telah kembali meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pemulihan semula ekonomi global.

Dengan penghasilan vaksin yang sudah hampir sempurna, pastinya akan memberikan gambaran untuk pencegahan pandemik dalam masa yang pantas sekaligus memulihkan aktiviti ekonomi di seluruh dunia.

Disebabkan itu, keyakinan pelabur yang kembali meningkat telah mendorong aset safe-haven dilepaskan di mana sebelum ini menjadi tumpuan ketika suasana pasaran tidak menentu.

Setelah penurunan drastik harga pada carta XAU/USD ke paras 1850.00, harga kembali pantul semula untuk menutup dagangan sesi New York lebih tinggi dan kembali menguji paras tumpuan 1875.00 pada sesi Asia hari ini (Selasa).

Pelabur yang kini mula beralih tumpuan pada sentimen vaksin bakal memperlihatkan dagangan emas melanjutkan penurunan ke paras lebih rendah hari ini.

Penurunan harga emas di bawah paras sokongan 1850.00 dilihat akan menuju ke zon support 1800.00.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras harga 1900.00 akan kembali diuji untuk pelabur menilai reaksi harga di paras tersebut.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat