Pelaburan Bon ke Jepun Meningkat Minggu Lalu: Kementerian Kewangan Jepun

115

Aliran modal ke dalam pasaran Jepun meningkat semula minggu lalu, manakala pelaburan asing ke dalam pasaran saham Jepun jatuh seperti yang ditunjukkan oleh data dari Kementerian Kewangan pada Khamis.

Pelaburan bon oleh rakyat Jepun ke luar negara naik 48.2 billion Yen pada minggu berakhir 17 Februari berbanding kejatuhan 297.4 billion Yen yang direkodkan pada minggu sebelum itu.

Pelabur asing di Jepun pula melepaskan 127.9 billion Yen pegangan saham pada minggu sama berbanding pembelian 175.6 billion Yen pada minggu sebelum itu.

Syarikat di Jepun yang tidak pernah mengeluarkan bon kini bersedia untuk menggunakan instrumen ini bagi mendapatkan dana. Antara yang pertama kali mengeluarkan bon ialah Yahoo Jepun, Recruit Holding, dan Japan Exchange Group.

Penggunaan bon bagi mendapatkan dana semakin mendapat tempat dalam kalangan syarikat-syarikat di Jepun berikutan ‘polisi kadar negatif’ yang digunapakai oleh Bank of Japan (BoJ). Bank pusat ini telah berusaha merendahkan hasil-bon ini secara mendadak bagi menyokong inflasi di negara itu. BoJ memfokuskan sasaran mereka dari ‘rangsangan’ kepada ‘sasaran kadar’ pada September.

Usaha kerajaan untuk memperbaiki ekonomi memberi kesan yang bercampur-campur, di mana pertumbuhan ekonomi (GDP) Jepun meningkat dalam kadar yang semakin berkurangan dalam empat suku tahunan terakhir. Purata pertumbuhan hanya 0.2% pada suku keempat. Jika bukan disebabkan oleh pengukuhan eksport, ekonomi mungkin lebih suram dari apa yang direkodkan pada tempoh tersebut.

Pengeksport Jepun dalam tempoh tersebut banyak disokong oleh faktor kelemahan Yen yang membolehkan mereka menjual produk mereka pada harga yang lebih murah berbanding negara lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat