Pendidikan, Bukan Sekatan! AS Tidak Mahu Wujud Salah Faham Dalam Usaha Yang Dilancarkan

283

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mahu melancarkan inisiatif baharu bagi mewujudkan kesedaran risiko dalam pelaburan aset digital melalui bahan-bahan berbentuk pendidikan.

Difahamkan langkah yang diambil merupakan usaha daripada Suruhanjaya Pendidikan Kewangan dengan kerjasama daripada beberapa agensi lain termasuk Securities Exchange and Commission (SEC) yang mula bimbang dengan perubahan kelas aset daripada pasaran tertentu kepada pelaburan mainstream, dan keadaan ini berpotensi menarik pelabur amatur.

Agensi ini yakin, pelabur perlu tahu bagaimana aset kripto berfungsi dan perbezaannya dengan aset konvensional.

Sudah tentu pendidikan sebegini disasarkan kepada pelabur amatur yang sukar mendapat capaian perkhidmatan kewangan.

Walaupun pihak Perbendaharaan menegaskan mereka mahu melindungi pelabur, tetapi tindakan mereka sekian lama telah mengundang banyak kritikan.

Rata-rata berpendapat semua keputusan yang dibuat kerajaan AS sebenarnya telah menyekat komuniti untuk mengakses peluang pelaburan dalam kripto.

Misalnya, pengasas The National Policy Network of Women of Color in Blockchain, Clever Mesidor mendakwa: “Jika mereka betul-betul fokuskan kepada pendidikan kewangan dan kemahiran tenaga kerja, ia masih boleh diterima. Tetapi mereka lebih menfokuskan kepada perlindungan pelabur.”

Sebaliknya, Jabatan Perbendaharaan menyangkal dakwaan tersebut.

Jelas mereka, manfaat penggunaan aset digital dalam pembayaran rentas sempadan sudah diketahui ramai. Tetapi, langkah yang diambil bukanlah mahu melumpuhkan kehadiran teknologi dan inovasi baharu, sebaliknya hanya mahu wujudkan kesedaran pelabur.

Jika benarlah pihak kerajaan AS mahu mendidik pelabur-pelabur amatur, biarlah ianya satu pengetahuan untuk kesedaran bukan satu sekatan.

Apa-apa pun, bergantung kepada perlaksanaan perintah eksekutif kripto yang akan ditandatangani oleh Presiden AS, Joe Biden minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat