Pendirian Terkini Ahli FOMC Tentang Kenaikan Kadar The Fed

44

Presiden Fed cawangan Cleveland, Loretta Mester pada Khamis mengulangi pendiriannya untuk menaikkan kadar The Fed dan mengurangkan defisit dalam imbangan kira-kira (balance sheet) bank pusat tahun ini berikutan ekonomi AS yang dijangka meningkat selepas suku pertama.

“Jika ekonomi terus meningkat seperti jangkaan, saya percaya kita perlu mengurangkan akomodasi dalam polisi semasa dengan kenaikan Fed Fund Rate,” kata beliau yang akan mengundi dalam penentuan polisi monetari tahun depan.”

Presiden The Fed cawangan Dallas, Robert Kaplan pula menjangkakan dua lagi kenaikan tahun ini, satu pandangan yang sejajar dengan pendirian keseluruhan ahli The Fed.

The Fed telah menaikkan kadar satu kali tahun ini dalam mesyuarat polisi awal Mac dan Kaplan menegaskan dalam forum di Washington bahawa tiga kali kenaikan adalah yang minimum.

Manakala Presiden cawangan New York, William Dudley mengatakan ekonomi ketika ini semakin memberangsangkan. Oleh itu, The Fed perlu meneruskan kenaikan kadar bagi mengelakkan ekonomi dari terlalu panas. Dudley adalah Presdien Fed yang paling berpengaruh selain Yellen dan Fischer.

Dudley mengatakan bacaan inflasi terkini menjadikan beliau lebih yakin inflasi 2% dapat dicapai. Katanya lagi, “Walaupun masih terdapat ketaktentuan dalam polisi fiskal, ia akan menjadi lebih seimbang dari masa ke semasa.

Dudley adalah rakan rapat kepada Janet Yellen dan merupakan pengundi tetap penetapan polisi monetari FOMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat