Pendirian Trump Terhadap Ekonomi AS Masih Lagi Menjadi Tanda Tanya

61

Selain menggegarkan pasaran dengan komen terhadap kekuatan US Dollar, Trump juga memberitahu Wall Street Journal bahawa beliau sedia untuk melantik semula Janet Yellen sebaik sahaja penggal beliau tamat pada tahun 2018.

Sebelum ini, Trump pernah melemparkan kritikan kepada Janet Yellen di dalam kempennya dengan tuduhan bahawa Pengerusi Fed tersebut sengaja meletakkan kadar faedah pada tahap yang rendah.

Bagaimanapun, pendirian beliau tersebut terus menjadi tanda tanya dan dianggap berlawanan hari ini apabila menyifatkan bahawa kadar yang rendah adalah baik buat AS memandangkan kadar yang lebih tinggi akan menjejaskan eksport Amerika.

Menurut Trump, momentum Greenback terlalu kuat. Pengukuhan ini dianggap ‘mencederakan’ ekonomi walaupun sebenarnya kebangkitan US Dollar ini merupakan asas kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran beliau.

Tambah Trump lagi, US Dollar sukar untuk bersaing, disaat kebanyakan negara mengurangkan nilai matawang mereka.

US Dollar jatuh menyembah bumi sebaik sahaja Trump mengeluarkan kenyataan terbabit. Matawang tersebut juga merosot lebih 1.0 peratus berbanding Yen dan tenggelam di bawah nilai 110 buat kali yang pertama sejak pertengahan November.

Beberapa ahli Republik juga berpendapat bahawa Fed berhak dalam menentukan asas bagi menetapkan kadar dan bukan semata-mata mengikut apa yang ‘disukai’ oleh Trump.

Komen beliau itu juga dianggap paling lantang dan ditujukan buat Fed sejak mengambil alih jawatan Presiden AS pada Januari yang lalu.

Fed kali terakhir menaikkan kadar faedah pada Mac buat kali yang kedua dalam tempoh tiga bulan sebanyak 25 mata asas kepada satu peratus.

Sentimen dan Perkembangan Terkini yang Melanda Matawang Utama dalam Sesi Eropah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat