Penganalisis Ini Jangka EUR/USD Capai Level 1.2700 Pada Hujung 2018

121

Matawang Euro berkemungkinan akan terus mengukuh pada suku tahunan 2018 walaupun Bank Pusat Eropah (ECB) cuba untuk mengurangkan jangkaan pasaran terhadap perkara ini, kata seorang penganalisis di Societe Generale.

Pasaran secara keseluruhan menjangka ECB akan mengumumkan pengurangan pembelian bon (tapering) pada Khamis 26 Oktober dalam mesyuarat bank pusat itu minggu depan.

Kita juga dapat melihat perdebatan oleh ahli-ahli ECB dalam minit mesyuarat yang lalu tentang jumlah pengurangan bon dan berapa lama tempoh diambil untuk pengurangan rangsangan kali ini.

“Pengurangan pembelian bon dengan tempoh yang lebih lama tanpa memberikan tarikh spesifik bilakah program ini ditamatkan adalah paling berpotensi, di mana jangkaan kenaikan kadar faedah pertama mungkin hanya berlaku pada 2019. Ini bagi mengelakkan tekanan kenaikan matawang Euro,” kata Kit Juckers, penganalisis di Socite Generale.

Beliau menjangka ECB akan mengumumkan pelanjutan pembelian bon selama sembilan bulan lagi bermula pada Januari 2018 dengan amaun 25 billion euro. Ini adalah pengurangan sebanyak 35 billion daripada jumlah semasa 60 billion.

Juckes percaya euro akan melonjak tinggi walaupun ECB cuba untuk mengurangkan tekanan kenaikan euro melalui komunikasi yang dibuat. Pasaran mungkin terlepas pandang bahawa ‘tapering‘ ini adalah penamatan rangsangan monetari ECB berikutan ekonomi yang semakin meningkat.

Perkara paling signifikan kepada pasaran adalah jangkaan terhadap QE (Quantitative Easing) akan tamat, dan selepas itu ECB akan menaikkan kadar faedah.

Societe Generale sebuah bank Eropah yang berpangkalan di Perancis menjangka EUR/USD akan menembusi julat pergerakan ketika ini (1.1660 – 1.1890) dan meneruskan kenaikan. Juckes dan kumpulan penganalisis yang lain di Societe Generale meramalkan EUR/USD akan capai paras 1.2700 pada akhir tahun 2018.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat