Penganalisis Menjangkakan The Fed Membuat Kejutan Khamis Ini

46

Federal Reserve atau Rizab Persekutuan US dijangkakan akan menaikkan kadarnya minggu ini dan persoalannya sekarang berapa cepat kadar akan dinaikkan oleh The Fed pada 2017 dan 2018.

Federal Open Market Committee (FOMC) akan memulakan mesyuarat pada hari ini dan akan mengumumkan penetapan kadar pada Khamis pukul 3.00 pagi. Pasaran telah pun bergerak ke arah kenaikan (pricing-in) kadar hampir 100%. Keadaan kita dapat lihat seperti yang berlaku pada Disember 2015 menurut indeks ‘CME Group’s Federal Funds futures’. Pada pagi itu, Janet Yellen akan mengetuai pembentangan ramalan pertumbuhan ekonomi, pengangguran dan inflasi.

Walaubagaimanapun, para pelabur mahu penjelasan yang lebih jelas tentang keadaan ekonomi US di masa hadapan dan bagaimana The Fed akan menaikkan kadarnya pada 2017 dan 2018. Para pemain pasaran dunia sebenarnya masih meragui bagaimana The Fed akan bertindak apabila Donald Trump memasuki White House tahun hadapan berikutan janji beliau yang mahu mengurangkan kadar cukai korporat dan perbelanjaan pembangunan infrastruktur.

Janet Yellen memberitahu Kongres bulan lalu bahawa pengurangan cukai Trump akan melonjakkan inflasi di US. Pasaran menganggap komen dari Yellen ini akan mempercepatkan lagi jadual peningkatan kadar oleh The Fed bagi mengelakkan peningkatan kos di US yang terlalu cepat. 2017 akan menjadi tahun penting bagi pemerhati polisi monetari dunia.

Ada juga penganalisis mengatakan mungkin The Fed akan membuat kejutan pada Khamis ini kerana ketidaktentuan dalam polisi yang akan dibawa oleh Trump. Beliau mengatakan, “kita tidak akan dapat melihat impak pemotongan kadar cukai pada 2017 secara keseluruhan kerana proses birokrasi yang agak lama”.

Tambahnya lagi, “2018 akan menunjukkan kesan dari pemotongan ini secara keseluruhan bagaimana inflasi akan meningkat, pelaburan, perbelanjaan pengguna, pasaran buruh dan sebagainya”. Beliau menjangkakan The Fed akan membuat kejutan dari segi pengekalan kadar dan ramalan pertumbuhan ekonomi pada 2017 dan 2018.

Beliau melihat 2018 akan menjadi tahun yang lebih aggresif dalam Rizab Persekutuan US berikutan beberapa jawatan penting dalam The Fed akan dikosongkan. Janet Yellen juga akan tamat tempoh jawatan pada Januari tahun 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat