Pengarah IMF: ‘CBDC Lebih Selamat, Murah Berbanding Mata Wang Kripto’. Ye Ke?

321

Mata wang digital bank pusat (CBDC) tidak ketinggalan menjadi topik hangat seiring dengan perkembangan mata wang kripto.

Dalam khabar terbaru, pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva memberitahu pengenalan CBDC perlulah dilakukan secara teratur berdasarkan tetapannya kerana aset ini mungkin tidak akan berfungsi di negara lain.

Misalnya, beberapa negara seperti China, Sweden, dan Bahamas yang telah memperkenalkan CBDC, boleh dikatakan hampir mencapai kejayaan.

Namun, ada beberapa aspek yang menjadi perhatian ketika ketiga-tiganya berhadapan dengan penerapan awal CBDC di negara masing-masing.

Georgieva mendakwa, perlaksanaan CDBC yang cermat menawarkan daya tahan yang lebih tinggi untuk rangkaian kewangan tempatan, malah mampu mengurangkan kos transaksi.

Seperti kebanyakan figura seluruh dunia beranggapan mata wang kripto ‘bahaya’ kerana ‘terdesentralisasi’ dan kecairan yang tidak menentu, wanita ini juga percaya CBDC jauh lebih selamat kerana dikawal oleh bank pusat dan tidak terlalu volatile.

Tetapi, Georgieva menekankan: “Penerapan CBDC masih terlalu awal dan kita tidak tahu sejauh mana, sepantas mana ia akan berkembang.”

Tidak dinafikan kebanyakan negara, kira-kira 100 bank pusat seluruh dunia sudah mula ‘tergesa-gesa’ mengejar China dalam perlumbaan pembikinan CBDC. Antaranya: Korea Selatan, India, Malaysia, dan Brazil.

Sementara itu, Sweden telah pun melancarkan CBDC-nya, eKrona pada September 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat