Malaysia Sudah Mula Kaji Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC), Sertai Vietnam & China

3,245

Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan sedang mengkaji potensi mata wang digital bank pusat (CBDC).

Bagaimanapun, masih belum ada kata putus berkaitan pelancaran CBDC memandangkan pihak BNM masih berada di fasa penyelidikan di mana mereka sedang menilai cadangan produk kewangan yang menjadi perbualan kebanyakan negara membangun.

Sebagai rekod, Malaysia kini menjadi negara yang terbaru menyertai perlumbaan CBDC di samping China, Bahamas, Jamaica, Indonesia, Vietnam, dan Amerika Syarikat (AS).

Sepanjang tempoh penyelidikan yang diusahakan BNM, beberapa aspek menjadi perhatian termasuklah kesan CBDC terhadap rangkaian monetari dan manfaatnya untuk ekonomi negara:

“Pihak kami menfokuskan penyelidikan CBDC berdasarkan proof-of-concept, bersama eksperimen penambahbaikan kebolehan polisi dan teknikal, sekaligus menilai keperluan CBDC pada masa akan datang..”

Sekitar awal Mac 2021, pihak BNM ada menyatakan rancangan penerbitan CBDC masih di luar radar mereka.

Bagaimanapun pada September, barulah ada perkembangan terbaru melibatkan 4 negara: Australia, Malaysia, Singapura, dan Afrika Selatan yang dikhabarkan bakal menguji CBDC untuk transaksi antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat