Penguatan US Dolar Menekan Harga Import Ke Bawah – Fed Dudley

49

Presiden The Fed cawangan New York Dudley dalam komennya pada Selasa, yakin dengan peningkatan ekonomi US yang berterusan.

Bagi beliau, keadaan kewangan isirumah (household) tidak begitu kukuh dalam kitaran ekonomi semasa. Ekonomi US juga masih belum mencapai pertumbuhan kukuh dalam jangka panjang.

Menurut beliau, peningkatan dan pengukuhan pasaran pekerjaan agak perlahan, walaupun ekonomi US sedang menghampiri tahap pasaran buruh yang maksimum.

Dudley juga berpendapat, inflasi di US adalah konsisten yang semakin menghampiri kadar 2% dalam beberapa tahun lagi. Penguatan US dolar ketika ini akan memberi tekanan kepada harga barangan import dan menghadkan kenaikan harga oleh pengeluar domestik.

Beliau yakin dengan inflasi rendah yang berterusan memberi kesan kenaikan secara berperingkat dalam Fed Fund Rate atau proses pengetatan polisi monetari. Hal ini juga akan membantu mengurangkan potensi kenaikan kadar dalam beberapa bulan ke hadapan.

Berdasarkan komen Dudley ini dan tren ekonomi semasa, beliau seperti lebih memilih dua kenaikan kadar berbanding tiga kali kenaikan yang ditunjukkan oleh analisis dalam mesyuarat The Fed sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat