Pengukuhan US Dollar Menutup Sedikit Sinar Emas!

48

Harga emas menyusut dalam sesi Asia disebabkan pengukuhan US Dollar disamping pasaran masih menantikan petunjuk terbaru mengenai kenaikan kadar oleh Fed.

Di bahagian Comex, emas di New York Merchantile Exchange bagi penghantaran Februari jatuh 0.26 peratus kepada $1,159 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, sesi dagangan komoditi lain seperti copper futures dan silver futures masing-masing merosot sebanyak 0.10 peratus dan 0.24 peratus.

Semalam, harga emas meningkat walaupun US Dollar masih mengukuh berbanding matawang utama yang lain. Hal ini kerana data positif dari China telah mendorong kenaikan logam ini memandangkan China ialah pembeli utama emas di peringkat global.

Pada mesyuarat Disember, Fed telah menaikkan kadar kali pertama dalam tempoh setahun disamping ramalan sebanyak tiga kali lagi kenaikan pada tahun 2017.

Sementara itu, media kewangan melaporkan bahawa Fed mungkin akan menamakan naib pengerusi Fed yang baru di bawah pentadbiran Trump. John Allison juga disebut sebagai penama yang mungkin dipilih oleh Trump.

Bagi tahun 2017, pengundi bagi sebarang keputusan dasar ialah Janet Yellen dan lembaga pengelola, sementara Fed akan dipengerusikan oleh Lael Brainard.

Data Ini yang Menyebabkan Yen Mendapat Sedikit Tenaga dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat