Pengukuhan USD Semakin Menyakitkan Matawang Utama!

493

US dolar melonjak ke paras tertinggi dua setengah bulan selepas mencatatkan kenaikan bulanan terbesarnya sejak 2016, disokong oleh isyarat mengejutkan oleh Federal Reserve (Fed) mengenai kenaikan kadar faedah dan kebimbangan terhadap penularan varian coronavirus Delta.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama, diniagakan mengukuh pada 92.40.

Greenback juga meraih keuntungan daripada data yang menunjukkan pertambahan dalam pekerjaan dalam sektor swasta ADP meningkat sebanyak 692,000 pada bulan Jun, lebih tinggi daripada jangkaan untuk kenaikan 600,000.

Data pekerjaan ADP untuk bulan Mei pula disemak lebih rendah dengan penambahan sebanyak 886,000 pekerjaan berbanding 978,000 yang dilaporkan pada awalnya.

Dengan petunjuk awal daripada pembacaan ini, pelabur kini mengharapkan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam laporan pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat untuk terus menyokong US dolar lebih tinggi.

Dalam pada itu, Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan terus menegaskan pendiriannya yang hawkish dengan mengatakan beliau mahukan pengurangan dalam pembelian aset (tapering) dilakukan lebih cepat daripada akhir tahun ini.

Pengukuhan dolar greenback telah mendorong kebanyakan matawang utama lebih rendah, selain turut bimbang dengan penyebaran varian Delta yang menyebabkan kadar jangkitan meningkat dengan pantas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat