Pengumuman Parachain Dorong Polkadot (DOT) Meroket Lebih $50!

637

Polkadot (DOT) mencatatkan lonjakan lebih 20% dari nilai terendah harian, $41.68 ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $51.47 pada awal pagi hari ini selepas pengumuman rasmi pendaftaran parachain malam tadi.

Dalam perkongsian yang dimuatnaik, Polkadot memberitahu penambahbaikan rangkaian yang membolehkan pendaftaran parachain telah diluluskan.

Ini bermakna pembangun boleh mula mendaftar untuk parachain pada 4 November (5 November, waktu Malaysia) sebelum parachains dilancarkan pada 11 November.

Tidak cukup dengan itu, Binance juga telah mengumumkan sokongan terhadap Polkadot Parachain Slot Auction yang bakal berlangsung.

Sebagai rekod, Karura merupakan satu-satunya parachain yang telah menang bidaan slot dan beroperasi di rangkaian kanari Polkadot, Kusama bermula Jun.

Hasil kejayaan parachain Kusama, Polkadot dilihat sudah bersedia untuk berhubung dengan projek pertama di rangkaiannya.

DOT memaparkan peningkatan harga yang memberangsangkan sejak pengumuman 14 Oktober.

Bagaimanapun ketika penulisan, DOT didagangkan pada $49.10, susut lebih 5% daripada rekod ATH tetapi masih mengekalkan lonjakan hampir 15% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat