Peningkatan Keluaran Minyak Mentah OPEC, Harga Komoditi Hitam Dijangka Kekal Kukuh

384

Harga minyak mentah Brent jatuh sehingga lebih daripada satu peratus pada Isnin. Hal ini berikutan persediaan pasaran untuk berhadapan dengan kesan penambahan satu juta tong minyak selepas OPEC dan rakannya bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran.

Walaupun dengan peningkatan bekalan itu, penganalisis berkata pasaran ini akan kekal kukuh kerana permintaan global yang semakin meningkat.

Penanda aras minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) kini didagangkan di sekitar $68.67 setong, manakala Brent yang didagangkan di London berada di sekitar $74.11 setong pada awal sesi Amerika pada Isnin.

Harga minyak mulanya melonjak tinggi selepas OPEC bersetuju untuk menaikkan pengeluaran pada minggu lalu berikutan pendapat sesetengah penganalisis bahawa ia tidaklah ditambah lebih daripada jangkaan. Untuk pengetahuan anda, OPEC dan negara bukan-OPEC termasuk Russia telah mengurangkan bekalan minyak mentah sehingga 1.8 juta tong sehari untuk mengetatkan pasaran sekaligus menolak harga lebih tinggi.

Ternyata usaha OPEC sejak tahun lalu membuahkan hasil apabila harga penanda-aras minyak mentah WTI naik dari serendah $42 setong pada Jun 2017 kepada $72 setong pada Mei 2018.

Tindakan menaikkan jumlah bekalan bertepatan dengan jangkaan majoriti penganalisis bahawa permintaan minyak mentah adalah lebih tinggi pada separuh kedua tahun 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat