Peningkatan Risiko Politik Menutup Sinar Logam Berharga Dalam Sesi Ini

37

Emas menjunam ke tahap terendah pada Rabu, gara-gara risiko politik selepas pelancaran ujian peluru berpandu oleh Korea Utara menjelang sidang kemuncak di antara Presiden Amerika Syarikat dan Presiden Xi. Selain itu, data pekerjaan ADP dari AS turut menjadi fokus pasaran buat masa ini.

Emas bagi penghantaran April di Comex menurun sebanyak 0.05 peratus kepada $1,257.75 satu troy, manakala silver futures didagang menyusut sebanyak 0.16 peratus kepada $18.2933 satu troy ounce.

Semalam, harga emas didagang hampir ke paras tertinggi dalam tempoh seminggu pada Selasa walaupun berlaku lonjakan dalam US Dollar sejurus selepas pengumuman data positif dari sektor perdagangan AS.

Emas juga diniaga dalam jajaran yang agak sempit namun dihadkan oleh momentum yang agak kukuh daripada matawang US Dollar.

Jabatan Perdagangan sebelum ini mengumumkan bahawa defisit perdagangan menyusut sebanyak 9.6 peratus kepada $43.6 Billion, manakala defisit perdagangan pada Januari lalu telah disemak menurun daripada $48.2 Billion daripada $48.5 Billion.

Menjelang pertemuan Xi dan Trump, pelabur menambah permintaan terhadap logam berharga yang dianggap sebagai asset yang lebih selamat.

Komen-komen agresif daripada pegawai-pegawai Fed lebih seminggu yang lalu juga gagal mengurangkan permintaan terhadap emas.

Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker berkata pada hari Isnin bahawa Fed boleh menaikkan kadar dua kali lagi tahun ini jika pertumbuhan dalam pasaran buruh serta momentum inflasi masih bergerak stabil.

Ini Faktor Yang Menyokong Peningkatan Harga Minyak Dalam Sesi Asia

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat