Penting! Anda Perlu Tahu Perkara Ini Dahulu Sebelum Trade Matawang GBP Malam Ini!

76

Tidak banyak kalendar ekonomi yang boleh menggerakkan matawang GBP seperti penetapan kadar oleh ‘Bank of England’ malam ini. Pergerakan boleh jadi terlalu laju, besar dan kadang-kadang boleh swing jauh. Penetapan kadar oleh Bank of England juga boleh memberi kesan kepada pergerakan matawang Pound selama beberapa hari.

Ada yang mengatakan anda perlu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada ekonomi UK ini sebelum bercadang untuk trade pada malam ini. Sekurang-kurangnya anda mengetahui serba-sedikit tips atau klu apa yang akan dikatakan oleh Bank of England.

Sepanjang tahun ini, Bank of England mengekalkan kadarnya di paras 0.50% sebelum menurunkannya kepada 0.25% Ogos lepas. Bank of England sebenarnya telah mengekalkan kadar 0.50% ini selama tiga tahun untuk menstabilkan pinjaman, perbelanjaan dan pertumbuhan ekonomi.

Jika ramalan pasaran ketika ini tepat dan diterjemahkan dalam pengumuman kadar pukul 8 malam ini, pasaran tidak akan terlalu berisiko untuk kita sebagai trader memasuki pasaran. Hal ini kerana jangkaan matawang Pound yang bergerak tidak terlalu laju.

Berdasarkan pergerakan harga (price action) yang lalu, kita boleh menjangkakan pergerakan pasaran yang tidak terlalu laju dan memberikan kelebihan pengawalan emosi dalam hal ini, melainkan Bank of England memberikan kenyataan yang di luar jangkaan pasaran.

Untuk mendapatkan pandangan yang lebih lanjut tentang jangkaan pasaran terhadap penetapan kadar Bank of England malam ini, Hadamkan artikel di bawah secepat mungkin!!

 

Preview Penetapan Kadar Bank of England Malam Ini !

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat