[Penting] Lima News Besar Tumpuan Pasaran Forex Minggu Ini (3-7 September)

856

Isu berkaitan perdagangan akan terus memandu pergerakan pasaran pada minggu ini di mana pelabur meneliti perkembangan hubungan antara Amerika Syarikat dan rakan dagang utamanya.

Sejak tercetusnya perang perdagangan beberapa bulan lalu, pasaran global agak tertekan disebabkan serangan tariff antara kuasa besar ekonomi dunia.

Pasaran pada hari ini dijangka perlahan dengan penutupan pasaran US sempena hari buruh. Selain daripada sentimen perdagangan, data ekonomi pekerjaan NFP akan menjadi tumpuan pada penghujung dagangan minggu ini.

Berikut adalah LIMA news besar tumpuan pasaran pada minggu ini.

#1 Rundingan Perdagangan AS-Kanada (Sepanjang Minggu)

Rundingan dagangan antara Amerika Syarikat dan Kanada tidak mencapai sebarang persetujuan pada Jumaat di mana ia akan bersambung pada minggu ini. Sebelum ini laporan menyatakan Amerika Syarikat hanya memberikan tempoh kepada Kanada sehingga Jumaat lepas untuk mencapai perjanjian awal.

Selain daripada itu, ketegangan bersama China juga akan mencuri perhatian pelabur selepas arahan Trump untuk bersedia mengenakan tariff terhadap $200 billion produk dari China.

#2 Indeks Perkhidmatan PMI UK (Rabu)

Data ini akan dikeluarkan pada pukul 4.30 petang hari Rabu, di mana bacaan dijangka meningkat 53.9 pada Ogos berbanding bacaan sebelum ini 53.5. Selain itu, dua indeks sektor pembuatan dan pembinaan aakan dikeluarkan pada hari Isnin dan Selasa.

#3 Penetapan Dasar Monetari Bank of Canada (Rabu)

Dasar terbaru Bank of Canada (BOC) akan diumumkan pada Rabu pukul 10 malam. Bank pusat Kanada telah menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali pada tahun ini, dan kali ini dijangka mengekalkan kadar pada 1.50%. Walaupun begitu, asas ekonomi Kanada ketika ini semakin baik dengan data-data ekonomi yang memberangsangkan. Ramai penganalisis mejangka kenaikan seterusnya adalah pada bulan Oktober.

#4 Data Imbangan Perdagangan China (Jumaat)

Data ini akan dikeluarkan pada hari Jumaat dan akan menjadi perhatian pasaran dalam suasana perang dagang ketika ini. Pasaran ingin melihat bagaimana kesan kepada data perdagangan selepas beberapa tariff dagangan yang telah diaktifkan oleh AS-China.

#5 Data Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat)

Jabatan Buruh AS akan mengeluarkan data ini pada hari Jumaat pukul 8.30 malam. Seperti biasa, data tumpuan adalah pendapatan (Average Hourly Earnings). Ada tiga data pekerjaan yang akan dikeluarkan pada Jumaat iaitu Average hourly earnings (kadar gaji), Non-Farm employment change (perubahan jumlah pekerjaan) dan Unemployment rate (kadar pengangguran).

Jangkaan pasaran untuk data tambahan pekerjaan (NFP) adalah 190,000 berbanding 157,000 pada Julai. Purata pendapataan gaji (Average hourly earnings) pula dijangka naik 0.30% dengan kadar pengangguran 3.9%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat