Penurunan AUD/USD Ke Paras Terendah Terbaru Sahkan Sentimen Pasaran Masih Berisiko

215

Dagangan pada carta pasangan matawang AUD/USD kekal meneruskan penurunan ke paras terendah terbaru pada minggu ini walaupun matawang US dolar masih bergerak lemah dalam pasaran.

Ini adalah berikutan suasana pasaran yang kekal berisiko dan memberi kesan buruk terhadap matawang dolar Australia yang sensitif terhadap sentiment pasaran semasa.

Penularan wabak Coronavirus COVID-19 dilihat semakin merebak aktif di luar China di mana Korea Selatan turut mula menunjukkan peningkatan kes jangkitan yang lebih serius.

Termasuk dolar Aussie, matawang komoditi yang lain turut terjejas dan mempamerkan dagangan yang merosot pada minggu ini.

Meneliti dagangan carta AUD/USD semalam, harga kembali membuat kenaikan pada sesi pasaran Asia selepas mencatatkan paras terendah terbaru pada penurunan sesi sebelumnya.

Kenaikan harga menguji zon SBR (support become resistance) di sekitar paras 0.65800 melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) namun gagal mengekalkan momentum kenaikan sebelum menutup dagangan sesi New York lebih rendah.

Bersambung pada sesi Asia hari ini pula,  harga yang bergerak di sekitar paras 0.65800 pada awal sesi kemudiannya telah menyambung penurunan harga dan berjaya melepasi paras terendah yang dicatatkan semalam.

Penurunan kini mencecah sekitar paras 0.65150 setakat jam 3.00 petang dan mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Mac 2009.

Dengan sentimen kekal berisiko dan US dolar terus diniagakan lemah, harga bakal meneruskan penurunan ke paras lebih rendah lagi untuk menutup dagangan pada minggu ini.

Namun jika kenaikan harga kembali berlaku, zon SBR di paras 0.65800 dilihat akan kembali menjadi tumpuan harga sebelum cuba meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Dagangan US dolar terus diniagakan lemah sepanjang minggu ini walaupun beberapa data ekonomi diterbitkan positif ekoran amaran kepada rakyat Amerika untuk bersiap sedia menghadapi serangan wabak virus pembunuh COVID-19.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat