Penurunan Harga Diteruskan, Mampukah EUR/USD Tembusi Zon Support 1.12000?

838

Menuju ke penghujung minggu, sentimen pasaran kekal berisiko menyaksikan US dolar meneruskan pengukuhan berbanding matawang utama yang lain.

Kebimbangan dalam pasaran terarah pada kadar peningkatan kes jangkitan Coronavirus yang akan mencetuskan gelombang kedua selain risiko ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Matawang Euro terus bergerak lemah susulan ancaman Washington untuk meningkatkan tarif tambahan terhadap produk dari Eropah. Penganalisis juga melihat ketidaktentuan yang melanda pasaran kewangan Eropah dan terus menambahkan tekanan buat dagangan Euro.

European Central Bank (ECB) masih lagi berdepan halangan Mahkamah Jerman dalam isu pelan percetakan wang. ECB turut menyatakan tawaran pinjaman Euro sebagai jaminan kepada bank pusat luar Eropah sebagai dana pasaran berdepan pandemik Coronavirus.

Pergerakan lemah Euro berbanding US dolar menyaksikan penurunan harian harga pada carta pasangan matawang EUR/USD sekitar 70 pips dari paras 1.12600 di zon SBR (support become resistance) menguji paras 1.12000 di zon support.

Gagal melepasi zon support tersebut, harga menutup dagangan sesi New York di paras sedikit tinggi sekitar 1.12200 dan harga terus bergerak perlahan di sekitar paras tersebut pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini.

Kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) menguatkan lagi pandangan bearish terhadap trend harga di carta EUR/USD dengan sentimen pasaran kekal berisiko.

Harga berkemungkinan turun lebih rendah melepasi zon support 1.12000 dan bakal menuju paras tumpuan pada 1.11000.

Sebaliknya jika perubahan sentimen berlaku pada penghujung dagangan minggu ini, pasaran akan menyaksikan lonjakan semula harga menguji halangan MA50 dan zon SBR 1.12200.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju ke paras ketinggian minggu ini sekitar 1.13500 untuk harga menguji zon SBR tersebut dan jika berjaya lepasinya, zon resistance pada 1.14000 akan menjadi destinasi tumpuan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat