Penurunan Harga Telko Bakal Diumumkan Oleh SKMM Pada Hari ini

1,155

Tempoh akhir yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia kepada syarikat telko telah berkahir pada 30 September. Menteri Gobind Singh Deo telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lanjutan kepada masa yang diberikan di mana SKMM akan mengeluarkan kenyataan pada hari ini.

 

Kementerian Komunikasi dan Multimedia hanya memberikan tempoh sehingga 30 September untuk memuktamadkan penurunan harga telko di Malaysia.

 

Pada mulanya, syarikat-syarikat telko di Malaysia hanya diberikan masa sehingga 31 Julai untuk berbuat demikian.

Dalam kenyataannya beliau pada bulan Ogos yang lalu, kementerian melanjutkan tarikh tamat itu selepas beberapa syarikat telekomunikasi merayu untuk diberikan sedikit lagi masa.

 

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menguatkuasakan penurunan harga jalur lebar mengikut Standard Mandatori bagi penetapan harga akses (MSAP) pada Jun lepas.

 

Gobind berkata beliau akan mengkaji semua pakej yang dicadangkan oleh syarikat selepas tarikh tamat.

 

“Walaubagaimanapun, jika ada syarikat telko yang enggan mengikuti standard MSAP, tindakan akan diambil mengikut undang-undang.” “Kita tidak akan melayan mereka yang berdegil, dan saya serius tentang itu.”

 

Sama-sama kita tunggu laporan terkini kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat