Penurunan Mingguan GBP/USD Sehingga 230 pips Catat Paras Terendah Terbaru 3 Minggu

824

US dolar masih kekal mendapat kelebihan dalam sentimen berisiko pasaran menyaksikan pengukuhan yang dipamerkan sehingga ke sesi pasaran New York Jumaat lalu.

Data perbelanjaan pengguna di US pada bulan Mei menunjukkan aktivti perbelanjaan rakyat semakin meningkat walaupun tidak melepasi jangkaan pasaran.

Namun, faktor yang lebih menyokong pengukuhan US dolar adalah sentimen pasaran dimana kebimbangan terarah pada jangkitan kes Coronavirus yang kembali menunjukkan kenaikan sehingga menggugat harapan terhadap pemulihan ekonomi.

Sementara, Pound Sterling pula terus pamerkan prestasi yang lemah pada minggu lalu khususnya ditekan oleh keraguan terhadap rundingan Britain dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mencapai kesepakatan.

Canselor Jerman, Angela Merkel memberi amaran terhadap UK untuk berdepan keburukan meninggalkan Kesatuan Eropah dan Perdana Menteri UK Boris Johnson mengancam untuk berundur dari rundingan selepas itu.

Dagangan minggu lalu, Pound terus bergerak lemah berbanding US dolar dengan penurunan mingguan dicatatkan pada carta harga pasangan GBP/USD sekitar 230 pips selepas membuat kenaikan 200 pips pada awal minggu.

Penurunan harga sekitar 100 pips pada Jumaat lalu mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu selepas melepasi paras terendah yang dicatatkan pada Isnin awal minggu.

Harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat trend kekal bearish.

Sesi Asia pada Isnin melihatkan harga membuat kenaikan ke paras sekitar 1.23700 untuk harga menguji halangan MA50 sebelum dijangka akan kembali meneruskan penurunan semula.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju zon tumpuan sekitar paras 1.22500 untuk terus mencatatkan paras terendah terbaru.

Namun jika harga berjaya teruskan kenaikan melepasi halangan MA50, harga akan menuju paras rintangan sekitar 1.24500 sebelum kenaikan yang diteruskan akan menguji paras ketinggian minggu lalu di resistance 1.25300.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat