Penutupan Akaun Pelaburan Menekan US Dolar Pada Penghujung 2017

64

US dolar meneruskan penurunan dan hampir mencapai paras terendah tiga bulan lalu berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat. Euro dan GBP pula masih mengekalkan pengukuhan menjadikan US dollar kerugian hampir 10% sepanjang tahun ini yang juga kejatuhan terbesar sejak tahun 2003.

US dolar bermula dengan baik pada awal 2017 di mana indeks US dollar mencapai paras tertinggi 14 tahun lalu berikutan harapan pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang dijanjikan oleh Presiden Trump.

Namun, US Dolar jatuh semula kerana keraguan terhadap kebolehan Trump untuk meluluskan dasar-dasar baru kerajaan AS. Awal tahun ini juga menunjukkan negara-negara ekonomi utama lain merekodkan pertumbuhan lebih memberangsangkan berbanding AS yang menyebabkan citarasa pelabur sedikit beralih daripada greenback.

“Kami melihat pertumbuhan global yang seiringan dan pertumbuhan di Zon Eropah adalah yang tertinggi membawa ECB kepada pengetatan polisi sekaligus banyak menyokong matawang Euro,” kata Alvin Tan penganalisis matawang di Societe Generale.

Tambah beliau, US dolar dilihat terlebih nilai berbanding Euro, Yen dan Sterling pada awal tahun ini yang menjadi sebab kenapa US dolar melemah pada 2017.

Matawang Euro mencapai paras tertinggi tiga bulan lalu di sekitar 1.1982 pada Jumaat di mana Sterling masih lagi 10% lebih rendah berbanding US dolar sejak Jun 2016.

Shin Kadota, strategist di Barclays Tokyo berkata, penyeimbangan semula posisi oleh pemain pasaran menunjukkan penjualan terhadap US dolar terutamanya berbanding Yen menjelang hujung tahun.

“Trend bermusim ini telah menunjukkan US dolar biasanya akan melemah selepas Krismas sehinggalah beberapa hari pada tahun baru ,sebelum ia dibeli semula,” kata beliau.

Ramai pelabur-pelabur besar yang menutup buku pelaburan mereka, menutup akaun untuk tujuan percukaian dan perlunya membuat laporan prestasi sepanjang tahun. Ini menyebabkan US dolar tertekan pada penghujung tahun 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat