Penyiasat Khas Ini Membuatkan Trump Tidak Senang Duduk, Adakah Beliau Juga Akan Dipecat?

59

Penyiasat Khas (Special Counsel) Robert Mueller telah meminta Jabatan Keadilan U.S. untuk memberikan dokumen-dokumen termasuk dokumen berkaitan pemecatan bekas pengarah FBI James Comey.

Mueller kini sedang mengetuai siasatan tentang sama ada kempen pilihanraya Trump bekerjasama dengan Rusia. Dalam masa yang sama Mueller juga sedang menyiasat sama ada Presiden Trump menghalang siasatan di mana beliau meminta Comey untuk menggugurkan siasatan terhadap Michael Flynn (bekas penasihat keselamatan US).

Siasatan kini cuba mendapatkan e-mel berkaitan pemecatan Comey. Permintaan terhadap Jabatan Keadilan U.S. ini telah berlaku sebulan yang lalu.

Sejak beberapa bulan lalu Donald Trump telah menjawab persoalan tentang skandal Rusia dengan menegaskan beliau tidak berada di bawah siasatan. Kini retorik beliau semakin sukar menafikan perkara tersebut.

Beberapa laporan menunjukkan siasatan Robert Mueller sebenarnya berkaitan dengan tindakan yang dibuat oleh Presiden Trump sejak menjawat jawatan Presiden US. Ada beberapa siasatan yang mengaitkan beliau secara langsung kepada skandal tersebut. Menurut laporan ABC News pada Ahad:

Robert Mueller sedang menyiasat sama ada Presiden Trump dilihat menghalang siasatan terhadap kaitan kempen piliharayanya dan Rusia dan kini mengarahkan Jabatan Keadilan untuk memberikan semua dokumen berkaitan, laporan ABC News.

Secara khususnya, Mueller mahu mendapatkan email berkait tentang pemecatan Pengarah FBI James Comey.

Kita dapat melihat kelemahan US dolar pada awal sesi Asia disebabkan laporan ini. Jika terdapat kemajuan dari segi siasatan oleh Mueller, US dolar bakal sukar untuk mengukuh kerana ia akan merisikokan polisi yang sedang cuba digubal ketika ini di Kongres iaitu ‘reformasi cukai’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat