Perang Dagang AS-China : Ini Kesan Kepada Pasaran Matawang dan Saham

2,000

Pasaran ketika ini berada dalam keadaan berisiko (Risk-Off) dengan ketegangan perang perdagangan semakin memuncak antara Amerika Syarikat dan China. Hal ini sekaligus telah memberi faedah kepada aset safe-haven seperti Yen, CHF dan emas.

Dalam kenyataannya pada Selasa, Trump berkata telah mengarahkan pegawainya untuk meneliti barangan China yang akan dikenakan tariff baru. Ini adalah tindak balas terhadap tindakan China yang mengenakan tariff US$50 billion terhadap barangan China yang juga merupakan tindak balas daripada tariff Amerika pada mulanya.

“China nampaknya tiada niat untuk mengubah tindakan ‘tidak-adil’ mereka yang berkaitan dengan pengambil-alihan harta-intelek dan teknologi Amerika Syarikat. Mereka kini mengancam syarikat Amerika, pekerja, dan petani,” kata beliau.

China juga menyatakan kesediaan mereka untuk melawan balik tindakan tariff yang dikenakan oleh Amerika jika tariff baru itu menjadi realiti.

Dalam keadaan sentimen Risk-Off ketika ini, kita tahu matawang yang akan banyak mendapat manfaat adalah JPY termasuk CHF dan juga emas.

Hari ini kita lihat aset safe-haven ini membuat kenaikan berikutan ketegangan perang perdagangan yang semakin memuncak antara Amerika-China.

Setiap kali juga risiko perang perdagangan ini tercetus, matawang-matawang yang banyak terkesan adalah AUD, dan NZD.

Bagi matawang AUD dan NZD – Kenapa dua matawang ini tertekan? Sebab secara tak-langsung ketegangan AS-China akan memberi kesan kepada hasil eksport Australia dan New Zealand. Sebab? Kerana China adalah rakan dagang utama dua negara ini.

Selain itu, ketagangan perang perdagangan juga menyebabkan kejatuhan harga komoditi. Sebagai matawang komoditi AUD dan NZD juga tertekan disebabkaan kejatuhan pasaran komoditi.

Kenapa harga komoditi jatuh?

Sebabnya kebimbangan pasaran terhadap aktiviti ekonomi global yang semakin perlahan.

China dianggap sebagai ‘enjin pertumbuhan ekonomi dunia’ yang juga pengguna komoditi terbesar dunia dalam industri pembuatan. 

Dengan ketegangan yang semakin memuncak, pasaran bimbang jika permintaan semakin berkurangan dari China sekaligus memberi kesan kepada ekonomi global.

Apa pula kesan kepada pasaran saham?

Secara amnya, pasaran saham global menyusut pada Selasa berikutan risiko perdagangan AS-China. Kesan langsung adalah kepada indeks saham China di mana indeks Shanghai (SSEC) dan CSI300 jatuh 3.78% dan 3.53%.

Sebagai sebuah negara industri dan bertunjangkan sektor pembuatan, China juga banyak mengimport barangan input dari negara-negara Asia yang lain termasuk Malaysia. Hasilnya, indeks saham Asia Tenggara termasuk Filipina, Thailand, Singapura berhadapan dengan tekanan dan ditutup rendah pada Selasa.

Indeks komposit Kuala Lumpur (KLCI) pada Selasa ditutup 1.61% lebih rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat