Perang Perdagangan: 1,300 Produk China Dikenakan Tariff Oleh Trump

1,262

Kebimbangan pasaran terhadap ‘perang perdagangan’ Amerika Syarikat dan China semakin meningkat pada Selasa selepas pengumuman Trump. Donald Trump telah menyenaraikan 1,300 produk China yang akan dikenakan tariff (cukai import).

Kesemua produk yang dikenakan tariff itu berjumlah $50 billion sebagai hukuman terhadap pencurian harta intelek oleh China selama ini. Masyarakat dunia sudah tentu boleh mengaitkan perkara ini, kerana China sememangnya terkenal sebagai pengeluar produk tiruan.

Kedutaan China di Amerika Syarikat secara langsung mengecam dan menentang keras tindakan terbaru itu. Menurut kedutaan China, mereka akan mengajukan masalah itu kepada Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) dalam masa yang sama akan mengenakan tariff kepada produk-produk Amerika Syarikat.

“Kerajaan telah mengambil langkah yang betul dengan fokus untuk mengimbangi perdagangan kita dengan China. Namun, mengenakan cukai terhadap produk-produk harian yang digunakan oleh rakyat Amerika bukanlah cara untuk mengatasi masalah ini,” kata Presiden Perdagangan dan Industri A.S.

Senarai tariff oleh A.S. dikeluarkan selepas China bertindak balas mengenakan cukai import terhadap produk pertanian dari Amerika Syarikat. China mengatakan telah bersedia dengan senarai produk yang akan dikenakan tariff jika A.S. berkeras untuk meneruskan rancangannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat