Perdagangan Australia Merosot Pada Mei, Lebihan Dagangan Jatuh 82%

60

Imbangan perdagangan Australia berkurang lebih banyak daripada jangkaan pada bulan April, dengan eksport merosot lebih pantas daripada import pada permulaan suku kedua.

Australia merekod lebihan dagangan yang semakin berkurangan kepada A$555 juta pada Mac, jatuh daripada A$3.17 billion surplus sebelum itu, seperti yang dilaporkan oleh Biro Statistik Australia pada Khamis. Penganalisis menjangkakan data hari ini mencatat lebihan A$1.9 billion.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).

Komponen eksport jatuh 8% selepas meningkat 2% sebelum ini. Manakala import merosot 0.1% berbanding kenaikan 5% pada Mac.

Dolar Australia meneruskan penurunan selepas data ini dikeluarkan pukul 9.30 pagi tetapi memulih semula sejam selepas itu.

Jumlah perdagangan semakin berkurangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (Gross Domestic Product, GDP) pada suku pertama, menyebabkan kejatuhan mendadak dalam pertumbuhan ekonomi. Ekonomi Australia meningkat hanya 0.3% pada suku pertama selepas meningkat 1.1% dalam tempoh Oktober-Disember.

Pertumbuhan yang lemah daripada jangkaan akan mengekalkan pendirian Reserve Bank of Australia (RBA) menggunakan polisi yang begitu akomodatif tahun ini. Pada Selasa, bank pusat telah mengekalkan kadar faedah pada rekod terendah 1.50% sejak Ogos 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat