Pergerakan Pasaran Forex Menjelang Pembukaan Pusat Undi Pilihanraya UK

58

Matawang Gbp menghampiri paras tertinggi dua minggu lalu pada Khamis yang disokong oleh jangkaan bahawa parti Konservatif akan memenangi majoriti dalam pilihanraya umum UK, di mana matawang Euro kekal bergerak stabil menjelang penetapan kadar ECB malam ini.

Gbp ketika ini didagang di sekitar 1.2963 yang berhampiran dengan paras tertinggi 25 Mei.

Tinjauan yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan Theresa May di landasan yang betul untuk meningkatkan majoritinya di parlimen. Hal ini menunjukkan tindakan membuat pilihanraya mengejut berpotensi mengukuhkan kedudukannya dalam rundingan Brexit.

“Pasaran dilihat seperti menyerap kemenangan Parti Konservatif,” kata Jasslyn Yeo, penganalisis di JPMorgan Asset Management.

Jika Konservatif mengakhiri pilihanraya dengan mendapat majoriti lebih daripada 50 kerusi, ini akan menjadi faktor yang menyokong Gbp.

“Walaubagaimanapun, masih banyak ketidaktentuan dalam pilihanraya UK ini, di mana undian oleh golongan muda mungkin akan mengubah situasi sekarang,” tambahnya.

Selain itu, matawang Euro ketika ini didagang stabil setelah digerakkan oleh khabar angin laporan ECB pada Rabu ditambah lagi dengan laporan testimoni bertulis Comey yang dikeluarkan semalam.

Matawang Dolar Kanada melemah berbanding US dolar selepas data inventori minyak bertambah dengan begitu banyak berbanding jangkaan semalam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat