Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Isnin

815

Pasaran Matawang

Matawang US dolar mengukuh pada hari Isnin. Para pelabur sedang menanti testimoni daripada Gabenor Federal Reserve dan indikasi terhadap pengetatan monetari pada masa akan datang.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan kukuh pada awal perdagangan kemudian mengalami sedikit penyusutan sebanyak 0.12% kepada 89.70 setakat jam 10.30 a.m.

Isu penjualan matawang US dolar telah berlalu dan minit mesyuarat oleh Fed menawarkan nada yang bullish. Hal ini telah mendorong pengukuhan US dolar daripada paras terendah minggu lepas.

Tumpuan minggu ini adalah pada testimoni Jerome Powell terhadap polisi monetari dan ekonomi.

Sebahagian pemain pasaran berpendapat, Powell akan membiarkan pasaran meneka terhadap peningkatan kadar faedah US.

Matawang USD menyusut berbanding matawang yen kepada 106.60. Manakala AUD/USD didagangkan kukuh sebanyak 0.22% pada 0.7855. Matawang EUR/USD kukuh sebanyak 0.04% kepada 1.2309 setakat jam 10.30 pagi.

Pasaran Komoditi

Harga minyak sedikit bercampur namun mencapai paras tertinggi 2 minggu pada hari Isnin. Hal ini didorong oleh komen dariapda Arab Saudi yang akan meneruskan pemotongan eksport bagi mendukung usaha OPEC yang mengurangkan pengeluaran minyak global.

Harga minyak WTI naik kepada $63.67 setong dan Brent naik kepada $67.02 setong setakat jam 10.30 a.m.

Harga emas mula melonjak naik pada jam 8 pagi dan kini berada paras harga 1,337.80 naik 0.58%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat