• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
LHDN Akan Membenarkan LUNO Beroperasi Semula Seperti Biasa

Semua Event Penting Yang Berlaku Dalam Pasaran Forex Sepanjang Minggu Lalu (19-23 Feb)

26 February 2018
BTC Kekal Kukuh Ketika Indeks USD Tembusi 101

BTC Kekal Kukuh Ketika Indeks USD Tembusi 101

28 September 2026
Emas Jatuh Tersungkur, FOMC Hawkish Beri Gambaran ‘Sidai’ Lebih Lama!

Emas Buat Terjunan Tinggi, Paras $4,200 Hampir Disentuh

28 September 2026
Ringkasan Pagi: Hormuz Gagal Dibuka! Pasaran Kembali Bergegar

Ringkasan Pagi: Hormuz Gagal Dibuka! Pasaran Kembali Bergegar

28 September 2026
Data ADP Hambar & Isyarat Teraru BoE Bailey Undang Perhatian Pasaran Global!

Sentimen Pengguna Terjun 15%: Amaran Bahaya Buat Pasaran?

25 September 2026
Tehran Keluarkan Amaran Diplomatik! Tindakan Kanada Di Kritik

Buka Hormuz Dalam 7 Hari! Iran Bagi Tawaran Saat Akhir Berpaut Pada MOU Islamabad

25 September 2026
Jamieson Greer Buka Mulut: Butiran Penuh Perjanjian A.S.-China Diumum Isnin Ini?

Jamieson Greer Buka Mulut: Butiran Penuh Perjanjian A.S.-China Diumum Isnin Ini?

25 September 2026
Emas Meroket Naik, Pemotongan Kadar Faedah AS Semakin Hampir?

Ramalan XAU/USD: Bullion Pulihkan Rentak, ‘Luka’ Hawkish Fed & Rundingan AS-Iran Masih Parah

25 September 2026
China Gesa Tamatkan Perang, Tehran Serah Keputusan Kepada AS

China Gesa Tamatkan Perang, Tehran Serah Keputusan Kepada AS

25 September 2026
Najib Tak Mampu Bayar RM50 Juta, Akaun Bank Dibekukan – Peguam

Najib Tak Mampu Bayar RM50 Juta, Akaun Bank Dibekukan – Peguam

25 September 2026
Ramalan Bitcoin & XRP: Dua Paras Kritikal Jadi Perhatian

Ramalan Bitcoin & XRP: Dua Paras Kritikal Jadi Perhatian

25 September 2026
Bursa Malaysia Kekal Lemah, KLCI Susut 1.14 Mata

Bursa Malaysia Kekal Lemah, KLCI Susut 1.14 Mata

25 September 2026
600,000 Penumpang China Pilih Malaysia Airlines 

600,000 Penumpang China Pilih Malaysia Airlines 

25 September 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Monday, 28 September 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Emas Jatuh Tersungkur, FOMC Hawkish Beri Gambaran ‘Sidai’ Lebih Lama!

    Emas Buat Terjunan Tinggi, Paras $4,200 Hampir Disentuh

    Ringkasan Pagi: Hormuz Gagal Dibuka! Pasaran Kembali Bergegar

    Ringkasan Pagi: Hormuz Gagal Dibuka! Pasaran Kembali Bergegar

    Data ADP Hambar & Isyarat Teraru BoE Bailey Undang Perhatian Pasaran Global!

    Sentimen Pengguna Terjun 15%: Amaran Bahaya Buat Pasaran?

    Jamieson Greer Buka Mulut: Butiran Penuh Perjanjian A.S.-China Diumum Isnin Ini?

    Jamieson Greer Buka Mulut: Butiran Penuh Perjanjian A.S.-China Diumum Isnin Ini?

    Emas Meroket Naik, Pemotongan Kadar Faedah AS Semakin Hampir?

    Ramalan XAU/USD: Bullion Pulihkan Rentak, ‘Luka’ Hawkish Fed & Rundingan AS-Iran Masih Parah

    Harga Emas Tak Menentu Di Awal Minggu, Punca Ekonomi China?

    Tekanan Emas Disambung Lagi, Rundingan AS-Iran Diteliti

    Ringkasan Pagi: Yen Hampir 160! Risiko Intervensi Kembali

    Ringkasan Pagi: Yen Hampir 160! Risiko Intervensi Kembali

    Inflasi Kekal 2.6%! Fed Serba Salah, Trump Terus Mendesak!

    Isyarat Terbaru: Kadar Faedah Bakal Naik Lagi Sebelum Krismas?

    Pasaran Bon Global Melonjak Tinggi! Jangkaan Pengetatan Dasar Bakal Berlaku?

    Rekod 22 Tahun Pecah: Lonjakan Hasil Bon 30 Tahun Goncang Pasaran Modal Global!

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Kekal Kukuh, Faktor Domestik Jadi Sokongan

    Ringgit Kekal Kukuh, Faktor Domestik Jadi Sokongan

    Ringkasan Pagi: Yen Hampir 160! Risiko Intervensi Kembali

    Ringkasan Pagi: Yen Hampir 160! Risiko Intervensi Kembali

    USD/MYR Dibuka Sedikit Rendah

    USD/MYR Dibuka Sedikit Rendah

    Keyakinan Pasaran Semakin Pulih, Data GDP Jadi Pemangkin!

    Pesanan Baharu Cecah 58.2! Ekonomi Rancak Atau Perangkap Sebelum Ribut?

    Ringgit Dibuka Tinggi, Harga Minyak Semakin Reda 

    Ringgit Dibuka Tinggi, Harga Minyak Semakin Reda 

    RBNZ Bongkar Kesilapan Lama! Apa Nasib NZD?

    RBNZ Bongkar Kesilapan Lama! Apa Nasib NZD?

    Fed Makin Hawkish! Trader Perlu Waspada?

    Fed Makin Hawkish! Trader Perlu Waspada?

    Ringgit Kembali Mengukuh Selepas Harga Minyak Susut

    Ringgit Kembali Mengukuh Selepas Harga Minyak Susut

    Ringkasan Pagi: AI Bangkitkan Semula Selera Trader!

    Ringkasan Pagi: AI Bangkitkan Semula Selera Trader!

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    BTC Kekal Kukuh Ketika Indeks USD Tembusi 101

    BTC Kekal Kukuh Ketika Indeks USD Tembusi 101

    Ramalan Bitcoin & XRP: Dua Paras Kritikal Jadi Perhatian

    Ramalan Bitcoin & XRP: Dua Paras Kritikal Jadi Perhatian

    XRP Terus Dapat Sokongan, Apa Pemacu Kenaikan?

    XRP Terus Dapat Sokongan, Apa Pemacu Kenaikan?

    Bitcoin Susut Selepas Data AS Pacu Hasil Bon

    Bitcoin Susut Selepas Data AS Pacu Hasil Bon

    Ramalan Bitcoin & XRP: Bakal Berdepan Volatiliti Tinggi Esok?

    Ramalan Bitcoin & XRP: Bakal Berdepan Volatiliti Tinggi Esok?

    Ripple Makin Kukuh, Tapi Bagaimana Dengan XRP?

    Ripple Makin Kukuh, Tapi Bagaimana Dengan XRP?

    Bitcoin Kekal Kukuh, $96,700 Jadi Rintangan Seterusnya!

    Bitcoin Kekal Kukuh, $96,700 Jadi Rintangan Seterusnya!

    Ramalan BTC & XRP: Data AS, Pertemuan Trump-Xi Jadi Tumpuan

    Ramalan BTC & XRP: Data AS, Pertemuan Trump-Xi Jadi Tumpuan

    XRP Tembusi $1.50, Mampukah Kekalkan Momentum?

    XRP Tembusi $1.50, Mampukah Kekalkan Momentum?

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Bursa Malaysia Kekal Lemah, KLCI Susut 1.14 Mata

    Bursa Malaysia Kekal Lemah, KLCI Susut 1.14 Mata

    600,000 Penumpang China Pilih Malaysia Airlines 

    600,000 Penumpang China Pilih Malaysia Airlines 

    Ringkasan Pagi: Yen Hampir 160! Risiko Intervensi Kembali

    Ringkasan Pagi: Yen Hampir 160! Risiko Intervensi Kembali

    KLCI Mengukuh, Utiliti & Bank Jadi Tumpuan

    KLCI Mengukuh, Utiliti & Bank Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia ‘Rebound’ Tipis, KLCI Naik 0.04 Mata

    Bursa Malaysia ‘Rebound’ Tipis, KLCI Naik 0.04 Mata

    Saham TNB Melonjak Selepas Kerangka Tarif Diperbaharui

    Saham TNB Melonjak Selepas Kerangka Tarif Diperbaharui

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Dari Selat Hormuz Ke Wall Street: Kenapa Pelabur Kembali Borong Saham Teknologi?

    FBMKLCI Naik 14.47 Mata, Kekal Kukuh Pada Tengah Hari

    FBMKLCI Naik 14.47 Mata, Kekal Kukuh Pada Tengah Hari

    Tengku Hassanal Labur $552,500 Dalam Syarikat AI Sagtec Global

    Tengku Hassanal Labur $552,500 Dalam Syarikat AI Sagtec Global

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Matawang Berita Kalendar Ekonomi

Semua Event Penting Yang Berlaku Dalam Pasaran Forex Sepanjang Minggu Lalu (19-23 Feb)

Team INTRADAY by Team INTRADAY
26 February 2018
in Berita Kalendar Ekonomi
0
LHDN Akan Membenarkan LUNO Beroperasi Semula Seperti Biasa
1
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

US dolar berjaya mengukuh pada minggu lalu dengan minit mesyuarat FOMC menunjukkan keyakinan terhadap pengetatan polisi tahun ini. Minit mesyuarat tersebut yakin dengan ekonomi Amerika Syarikat dan inflasi yang dijangka akan naik menuju sasaran 2%.

Apa yang menambah kenaikan US dolar pada minggu lalu adalah kenaikan hasil-bon Amerika Syarikat terutama ’10-yr treasury yields’ yang mencapai paras tertinggi 4 tahun lalu. Dengan hasil bon yang tinggi, secara teorinya ia akan menarik pelabur-pelabur luar daripada AS untuk melabur ke pasaran bon AS, sekaligus meningkatkan permintaan US dolar. Keadaan pasaran juga dilihat semakin baik dengan pasaran saham Wallstreet meneruskan pemulihan selepas kejatuhan yang agak teruk 3 minggu lalu.

Dengan sentimen pasaran yang beransur pulih terutamanya dalam pasaran saham, permintaan aset safe-haven juga semakin berkurangan. Emas, Yen dan Swissy agak tertekan sepanjang minggu lalu.

Untuk matawang Euro khususnya pair EUR/USD ia telah membentuk beberapa ‘reversal pattern‘ di time frame Daily dan Weekly. Persoalannya sekarang adakah, pair ini akan meneruskan kenaikan berdasarkan tren kenaikan tahun lalu? Buat masa ini, belum ada ‘pemangkin’ yang mampu menyokong kenaikan Euro dengan bacaan inflasi Zon-Eropah pada minggu lalu mencatatkan bacaan mendatar. Fokus matawang Euro minggu ini akan terarah kepada dua undian penting di Eropah iaitu pilihanraya Itali dan hasil keputusan undian parti SPD di Jerman.

Untuk matawang GBP pula, fokus minggu ini adalah kepada ucapan perdana menteri UK Theresa May. Matawang GBP agak tertekan pada minggu lalu apabila data kadar pengangguran naik pertama kali kepada 4.4% sejak tahun lalu.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

12-16 Feb 19-23 Feb
Eur/Usd-naik 320 pip Eur/Usd – jatuh 175 pip
Usd/Jpy– jatuh 334 pip Usd/Jpy – 181 pip volatile
Gbp/Usd– naik 349 pip Gbp/Usd – 193 pip sideway
Usd/Chf- jatuh 219 pip Usd/Chf – naik 147 pip
Usd/Cad– volatile 199 pip Usd/Cad – volatile 230 pip
Aud/Usd–naik 215 pip Aud/Usd – jatuh 145 pip
Nzd/Usd– naik 205 pip Nzd/Usd – jatuh 139 pip

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

  • Sentimen ekonomi ZEW Jerman (Selasa)

Berdasarkan kajian terhadap pelabur institusi dan penganalisis di Jerman, sentimen terhadap ekonomi adalah memberangsangkan dengan bacaan indeks lebih daripada jangkaan iaitu 17.8 melebihi 16 yang diramalkan.

  • Indeks harga GDT New Zealand (Selasa)

Ini adalah data yang menunjukkan perubahan harga produk tenusu yang penting kepada ekonomi New Zealand. Bacaan jauh merosot daripada bacaan sebelum ini di mana bacaan jatuh dari kenaikan 5.9% dan susut -0.5%. Ia sedikit sebanyak melemahkan NZD minggu lalu.

  • PMI Zon-Eropah (Rabu)

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh IHS Markit, komposit PMI sektor pembuatan bagi zon eropah jatuh kepada bacaan 58.5 pada bulan ini. Bacaan ini tersasar daripada jangkaan penganalisis yang mensasarkan pada bacaan 59.2.

  • Pekerjaan UK (Rabu)

Pejabat Statistik melaporkan kadar pengangguran meningkat kepada 4.4% daripada 4.3% sebelum ini. Data ‘Claimant Count‘ (tuntutan faedah pengangguran) jatuh sebanyak 7,200 pada Januari berbanding tambahan 6,200 sebelum ini.

Data yang lebih penting iaitu kadar gaji meningkat 2.5% sejajar dengan jangkaan pasaran yang mana tidak berubah daripada bacaan sebelum ini.

Menurut pakar daripada Universiti Liverpool, Professor Costa Milas berkata, “Kadar pengangguran mungkin akan difikirkan semula oleh ahli bank pusat. Mungkin mereka mahu melihat penurunan semula pengangguran beberapa bulan akan datang sebelum menaikkan kadar faedah pada Mei 2018.”

  • Minit mesyuarat FOMC (Khamis)

Minit mesyuarat The Fed menunjukkan jangkaan yang lebih kukuh terhadap pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah. Majoriti ahli jawatankuasa FOMC atau ahli The Fed melihat keperluan untuk melanjutkan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur.

Kadar faedah Fed seakan pasti dinaikkan pada Mac, dan minit mesyuarat juga menunjukkan seakan terdapat naik-taraf terhadap jangkaan ekonomi di masa hadapan. Jadi ini menyebabkan pasaran menjangka kenaikan kadar faedah Fed sebanyak empat kali pada tahun ini berbanding unjuran Fed pada Disember sebanyak tiga kali kenaikan kadar faedah.

  • Data GDP UK (Khamis)

Bacaan kedua pertumbuhan ekonomi UK hanya meningkat 0.4% kurang daripada jangkaan 0.5% dan bacaan sebelum ini yang turut mencatat kenaikan 0.5%. Ada 3 versi laporan pertumbuhan ekonomi UK, Preliminary (pertama), Secons estimate (kedua), dan final (ketiga).

  • Jualan runcit Kanada (Khamis)

Dolar Kanada melemah dengan drastik selepas data ini dikeluarkan pada Khamis lalu dengan bacaan jualan runcit yang jauh meleset daripada jangkaan pasaran. Jualan runcit merosot -0.8% berbanding bacaan sebelum ini yang naik 0.3%.

  • Jualan runcit New Zealand (Jumaat)

Jualan runcit New Zealand naik melebihi jangkaan pasaran dan jauh melebihi bacaan sebelum ini. Namun, matawang NZD dilihat sukar membuat kenaikan pada Jumaat lalu.

  • Data inflasi Zon-Eropah (Jumaat)

Bacaan inflasi Zon-Eropah hanya merekodkan bacaan 1.3% sejajar dengan jangkaan dan data sebelum ini. Dengan bacaan yang mendatar, ia sukar untuk menyokong kenaikan matawang Euro secara berterusan baut masa ini.

  • Data inflasi CPI Kanada (Jumaat)

Inflasi Kanada naik tinggi melebihi jangkaan dan bacaan sebelum ini. 0.7% kenaikan CPI dicatatkan berbanding jangkaan 0.4% dan kejatuhan 0,4% sebelum ini. Ia sekaligus telah melonjakkan matawang CAD pada Jumaat di mana sentimen untuk CAD adalah positif buat masa ini dengan bacaan inflasi yang memberangsangkan.

ShareTweetSend

Related Posts

Keyakinan Pasaran Semakin Pulih, Data GDP Jadi Pemangkin!

Pesanan Baharu Cecah 58.2! Ekonomi Rancak Atau Perangkap Sebelum Ribut?

by Team INTRADAY
23 September 2026
0

Aktiviti sektor swasta Amerika Syarikat (A.S.) melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih lima tahun pada bulan September berikutan lonjakan...

GBP/USD ’Forecast’: Retail Sales Bakal Hancurkan Harapan Buyer?

GBP/USD ’Forecast’: Retail Sales Bakal Hancurkan Harapan Buyer?

by Team INTRADAY
18 September 2026
0

GBP/USD memasuki sesi hari ini dengan cerita yang sudah berubah berbanding minggu sebelumnya. Bank of England baru sahaja mengekalkan kadar...

Ringkasan Pagi: CPI AS Minggu Ini Bakal Tentukan Hala Tuju FOMC September

Ringkasan Pagi: CPI AS Minggu Ini Bakal Tentukan Hala Tuju FOMC September

by Team INTRADAY
7 September 2026
0

Pasaran memasuki minggu baharu dengan perhatian kembali kepada inflasi Amerika Syarikat dan risiko geopolitik di Timur Tengah, selepas laporan pekerjaan...

RBA Tak Main-Main! Kadar Faedah Australia Bakal Kekal Tinggi

RBA Tak Main-Main! Kadar Faedah Australia Bakal Kekal Tinggi

by Team INTRADAY
11 August 2026
0

Bank Rizab Australia (RBA) dijangka mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat hari ini untuk pertemuan kedua berturut-turut. Namun, bank pusat itu...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Trader GOLD Wajib Tahu Kenapa Emas Sensitif Dengan China!

Trader GOLD Wajib Tahu Kenapa Emas Sensitif Dengan China!

11 September 2024
Ringkasan Pagi: Hormuz Gagal Dibuka! Pasaran Kembali Bergegar

Ringkasan Pagi: Hormuz Gagal Dibuka! Pasaran Kembali Bergegar

28 September 2026
Ini Maksud Istilah Hawkish Dan Dovish

Ini Maksud Istilah Hawkish Dan Dovish

12 September 2025
Emas Jatuh Tersungkur, FOMC Hawkish Beri Gambaran ‘Sidai’ Lebih Lama!

Emas Buat Terjunan Tinggi, Paras $4,200 Hampir Disentuh

0
Ringkasan Pagi: Hormuz Gagal Dibuka! Pasaran Kembali Bergegar

Ringkasan Pagi: Hormuz Gagal Dibuka! Pasaran Kembali Bergegar

0
BTC Kekal Kukuh Ketika Indeks USD Tembusi 101

BTC Kekal Kukuh Ketika Indeks USD Tembusi 101

0
BTC Kekal Kukuh Ketika Indeks USD Tembusi 101

BTC Kekal Kukuh Ketika Indeks USD Tembusi 101

28 September 2026
Emas Jatuh Tersungkur, FOMC Hawkish Beri Gambaran ‘Sidai’ Lebih Lama!

Emas Buat Terjunan Tinggi, Paras $4,200 Hampir Disentuh

28 September 2026
Ringkasan Pagi: Hormuz Gagal Dibuka! Pasaran Kembali Bergegar

Ringkasan Pagi: Hormuz Gagal Dibuka! Pasaran Kembali Bergegar

28 September 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.