Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Asing Forex Setakat Sesi Asia

65

US dolar melemah sepanjang minggu ini dan semakin menghampiri paras terendah setahun lalu dalam sesi Asia pada Khamis. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini yang termasuk jangkaan pasaran terhadap pengetatan polisi monetari bank pusat Eropah (ECB) dan juga penangguhan undian bagi menggantikan dasar ‘Obamacare‘ di US.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.15% setakat pukul 1.15 tengah hari dan berada di sekitar 95.64 yang terendah sejak Oktober tahun lalu.

Matawang Pound (GBP) mengukuh selepas komen Gabenor Mark Carney bahawa bank pusat perlu menaikkan kadar faedah berikutan ekonomi British yang semakin hampir beroperasi pada kapasiti penuh.

Presiden ECB Mario Draghi juga memangkin pengukuhan Euro pada Selasa apabila beliau memberi isyarat bahawa ECB juga akan mengurangkan rangsangan tahun ini.

Bank Pusat terbesar dunia Federal Reserve di US kini berada dalam kitaran pengetatan polisi dan telah menaikkan dua kali kadar faedahnya tahun ini. Bank pusat US ini memberi isyarat akan ada lagi satu kenaikan pada 2017 walaupun data ekonomi ada sedikit goyah sejak akhir-akhir ini.

“Kejatuhan US dolar adalah disebabkan penilaian semula oleh pemain pasaran tentang kepantasan bank pusat untuk mengurangkan pelonggaran,” kata Bill Northey, ketua pegawai pelaburan di US Bancorp Wealth Management di Helena.

“ECB dan BoE mungkin akan mengurangkan rangsangan monetari lebih pantas dan inflasi yang rendah di US mungkin akan mendesak The Fed untuk menilai semula kitaran pengetatan ketika ini,” tambahnya.

Dolar Australia naik 0.2 peratus kepada 0.7657 setakat pukul 1.35 tengah hari selepas menyentuh paras tertinggi lewat Mac lalu di 0.7664.

“Aussie seperti mendapat faedah daripada kelemahan US dolar dan juga pengukuhan pasaran komoditi,” kata Mitul Kotecha ketua strategi makro di Asia untuk Barclays Singapura.

“Bijih besi terus mengukuh dan ia memberikan sokongan yang signifikan kepada dolar Australia,” kata Kotecha.

Bijih besi terus mengukuh selepas mencatat kenaikan 3 peratus pada sesi dagangan Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat