Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang dan Komoditi Setakat Ini

63

US Dolar masih bergerak di sekitar paras tertinggi seminggu yang lalu jika dilihat dalam indeks US dolar, di mana matawang euro masih lagi tertekan disebabkan ketidaktentuan politik Jerman.

Selepas mengukuh berbanding matawang-matawang utama pada Isnin, kini greenback dilihat lemah pada pukul 10.45 malam pada Selasa. Paling ketara adalah AUD/USD yang naik 0.40% dan USD/JPY susut 0.31% setakat ini.

Matawang Aussie dolar adalah yang paling banyak mendapat keuntungan pada Selasa selepas komen hawkish oleh Gabenor Philip Lowe. Aussie dolar mengukuh berbanding semua matawang utama hari ini.

Euro pula adalah matawang paling lemah hari ini dengan merekod kejatuhan sehingga 0.50% berbanding Aussie.

Pasaran minyak mentah

Harga minyak mentah kini tertumpu kepada data inventori U.S. yang akan dikeluarkan pada Khamis. Harga minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) setakat ini merekod kenaikan 0.50% pada Selasa.

Pengeluar minyak OPEC dan Non-OPEC akan telah memotong pengeluaran sejak awal tahun ini dan mereka dijangka akan bermesyurat sekali lagi pada 30 November untuk memutuskan pelanjutan pemotongan.

Pasaran emas

Emas membuat kenaikan hari ini sehingga 0.67% setakat pukul 10.55 malam. Emas mengalami kejatuhan pada Isnin yang disebabkan oleh pengukuhan US dolar. Sentimen pemotongan cukai US juga masih memberi risiko kepada penurunan kepada US dolar.

Umum mengetahui emas adalah sensitif terhadap pergerakan US dolar, dan kebiasaanya kedua-dua instrumen ini bergerak bertentangan seperti yang dapat dilihat dengan kejatuhan USD/JPY ketika ini dengan kenaikan harga emas setakat pukul 10.58 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat