Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

57

Dolar New Zealand bergerak lebih tinggi berbanding US dolar pada Khamis selepas bank pusat New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% di mana Dolar Australia hanya sedikit berubah.

“Polisi monetari akan kekal akomodatif untuk satu tempoh,” kata Gabenor Graeme Wheeler dalam kenyataannya.

Tambahnya, “nilai rendah dolar New Zealand akan membantu mengimbangi pertumbuhan dalam beberapa sektor,” tetapi beliau juga sedar kenaikan nilai matawang sebelum ini adalah disebabkan harga eksport yang semakin tinggi.

Kini Aud/Usd didagang di sekitar 0.7546 masih stabil sejak dagangan awal sesi Asia.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain tidak banyak berubah dan kini berada di sekitar 97.22 setakat pukul 4.05 petang.

Pound terus stabil berbanding US dolar dengan tiada data-data ekonomi yang akan dikeluarkan berkaitan dengan pasangan matawang ini pada Khamis. Gbp/Usd mengukuh semula dalam sesi Rabu selepas komen oleh ketua penganalisis ekonomi BoE, Andy Haldane yang berkata bank pusat perlu mula mengurangkan rangsangan pada separuh kedua 2017.

Kini apa yang menjadi risiko kepada pasaran kewangan global adalah kejatuhan berterusan harga minyak mentah. Harga sekali lagi menjunam dalam sesi Rabu dan kini minyak WTI didagang di sekitar $42.51 setong dengan minyak Brent di sekitar $45 setong.

Risiko yang dibawa oleh pasaran minyak mentah telah membantu pengukuhan matawang Yen yang kini telah jatuh hampir 80 pip sejak Rabu. Dalam situasi ‘risk-off‘ seperti ini, emas mendapat sokongan yang mengukuh sejak sesi dagangan semalam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat