Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

54

Indeks US dolar yang yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.16% kepada 93.71 pada awal pembukaan sesi Eropah setakat pukul 6.23 pm.

Pasangan matawang EURUSD meningkat 0.30% kepada 1.1710, tidak jauh daripada paras tertinggi 2 tahun setengah yang lalu pada Khamis.

Kekuatan US dolar masih terkesan dengan ulasan-ulasan bank pusat berkenaan hala tuju ekonomi mereka dalam FOMC semalam. Sebelum ini Federal Reserve pernah menyatakan bahawa kelemahan inflasi ini adalah bersifat sementara, namun selepas kenaikan kadar faedah kali kedua, inflasi masih bergerak di bawah paras sasaran 2%.

Tambahan pula, data-data ekonomi US yang masih bercampur mendatangkan keraguan dan juga memberi risiko kepada ekonomi Amerika untuk jangka masa pendek. Laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) malam ini pukul 8.30 pm akan menjadi petunjuk kepada para pelabur terhadap aktiviti semasa ekonomi di sana.

Yen pula kekal kukuh berbanding dengan US dolar pada pembukaan pasaran Eropah. Pasangan matawang USDJPY susut 0.08% kepada 111.16 setakat jam 6.29 pm.

Kekuatan yen disebabkan oleh data-data positif inflasi teras dan perbelanjaan isi rumah di Jepun pagi tadi.

Pasangan matawang GBPUSD pula meningkat 0.11% kepada 1.3079, tetapi menurun sedikit daripada paras tertinggi sejak 10 bulan pada sesi Asia pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat